Protes Presiden UMNO, diam-diam pangkah PN – Shahidan Kassim
Oleh NAZIRUL MUNIR JEMPOL, 1 Ogos : Kami protes perbuatan Presiden UMNO dengan menyokong Perikatan Nasional dalam pilihanraya. Demikian dinyatakan oleh YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim dalam Ceramah Umum Pilihanraya N05 Serting di Bandar Seri Jempol, di sini, semalam. “Tuan-tuan kena bagi peringatan, pengajaran bahawa tuan-tuan kena tolak UMNO. Tak perlu masuk PAS, tak perlu masuk Bersatu, Diam-diam pangkah PN. “Orang perlis...
‘Zahid Menipu’ – Hanafiah Mat
KEMAMAN – Pengerusi Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Zahid Hamidi baru-baru ini. Beliau yang juga merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, melahirkan rasa dukacita atas ucapan Zahid Hamidi itu menyatakan duit yang dihantar oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. Seterusnya ujar Hanafiah, Zahid menyatakan kerajaan...
Hentikan retorik, rakyat cerdik menilai
KUALA TERENGGANU - Ahli-ahli politik disaran mengemukakan realiti yang berpaksikan fakta dan berhenti mengalun retorik kerana rakyat telah cerdik untuk menilai mereka. Calon PAS Ru Rendang yang juga mantan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat sekarang sangat cerdik, terbuka dan mudah mendapatkan banyak maklumat selain mendengar terus apa yang disampaikan ahli politik. "Sebenarnya, apabila kita lihat sesuatu kita...
Wan Hassan sangkal tuduhan jahat Presiden UMNO
KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menafikan sekeras-kerasnya berhubung tiga perkara yang dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu video dan menyifatkannya sebagai tuduhan fitnah. Dalam video tersebut, Ahmad Zahid mendakwa Wan Hassan menaiki kapal terbang bersamanya bagi melawat mangsa banjir di Dungun, memakai pakaian tidak sesuai ketika menyantuni mangsa banjir...
PAS angkat calon profesional pertahan kubu Bukit Tunggal
KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-malaysia (PAS) meletakkan calon Profesional Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sr Zaharuddin Zahid bagi mempertahankan kubu Bukit Tunggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti. Zaharuddin berkata, beliau sangat menghormati jasa dan pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh Mantan ADUN Bukit Tunggal, Dato’ Dr Alias Razak sepanjang bekerja untuk rakyat di DUN ini. Katanya, beliau akan...
Pemerintahan kakistorasi
Minda Presiden PAS PEMERINTAHAN KAKISTORASI Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan istilah ‘kakistokrasi’ terhadap kerajaan pusat. Menurut beliau, ia membawa makna negara yang diperintah oleh orang yang tidak tahu memerintah. Menurut kamus Oxford dan Wikipedia, istilah kakistokrasi membawa erti kerajaan yang ditadbir oleh mereka yang teruk, tidak berkelayakan, atau mereka yang tidak bertanggungjawab atau tidak menunaikan amanah. Kesimpulannya, maksud kakistokrasi ertinya sesebuah pemerintahan...
Jentera PAS menguasai kawasan tiga felda
Oleh : Zam zam HULU TERENGGANU – Jentera PAS menguasai kawasan tiga felda di Hulu Terengganu dalam Pilihan Raya baru-baru ini. Calon DUN Hulu Terengganu, Ustaz Maliaman Kassim berkata, ini terbukti PAS dapat mendahului parti Umno. “Kita Ada empat felda, satu Felda Bukit Bading, Bukit Bading kita ada enam saluran dan dalam PRU baru ni kita menang lima saluran. “Di Felda Jerangau Barat...
PAS dan PKR bertanding di Kuala Terengganu
Oleh : Muhammad KUALA TERENGGANU – Satu-satunya Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan P036-Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan dua penjuru diatara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR). PAS mempertaruhkan penyandang kerusi tersebut iaitu Datuk Haji Amzad Hashim dan Pakatan Harapan menyandarkan harapan pada bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Pahang, Azan Ismail sebagai calon mereka. ”Saya rasa majoriti rakyat Kuala...
Jangan rasa selesa selagi tidak menang
Oleh: Shafira SETIU – Jentera PAS diingatkan agar tidak berasa selesa untuk kemenangan PAS di DUN itu khasnya dan Negeri Terengganu selagi tidak mencapai kemenangan. Calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim mahu mereka jangan berasa sedap hati dan yakin pasti akan menang sehingga masih leka. “Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai jentera dalam rangka matlamat untuk mempertahankan N.05...
Kamarudin Tahir sasar tumpu ekopelancongan di Johol
Oleh : Aisyaa Yasmin JOHOL, 1 Ogos : Gua Batu Maloi merupakan salah satu kawasan yang boleh dibangunkan menjadi lokasi ekopelancongan yang berjaya kerana kawasan itu sudah pun menjadi tumpuan pelancong dalam skala yang kecil. Demikian dinyatakan oleh Kamarudin Tahir, calon Perikatan Nasional DUN Johol di sini, semalam ketika mengulas berkenaan hala tuju untuk membangunkan Johol. "Saranan untuk menaik taraf persekitaran di...