‘Tidak semestinya jadi EXCO untuk bawa suara wanita Terengganu’- Kak Da
KUALA TERENGGANU - "Tidak semestinya perlu untuk menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membawa suara wanita Terengganu ke peringkat tertinggi," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Mohd Nor. Katanya, ketika dilantik menjadi ADUN Wanita, beliau telah berjaya melaksanakan tugasan dalam mengangkat martabat golongan berkenaan sekali gus menjaga kebajikan mereka apabila 'Dasar Wanita Terengganu' diperkenalkan. "Bagi saya, tidak semestinya...
Lahirkan ‘Generasi Kental’
DUNGUN – Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah medan untuk melahirkan para pelajar, generasi mesa depan yang kental menghadapi cabaran. Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, dalam suasana pelbagai tantangan kini, negara akan menghadapi fenomena lebih hebat masa hadapan. “Maka pendidikan pra-persekolahan PASTI inilah yang akan menjadi platform yang kita yakin akan melahirkan pemuda pemudi yang...
Pemuda rangka program lebih agresif
DUNGUN – Pemuda PAS Terengganu merangka program lebih agresif dan menyeluruh setelah parti itu dan Perikatan Nasional(PN) mencapai kemenangan ‘sapu bersih’ pada Pilihan Raya Umum Negeri ke-15(PRUN15) minggu lalu. Ketuanya, Ustaz Mohd Harun Esa berkata mandat yang diberi oleh anak muda sudah tentu memberi kepercayaan kepada kerajaan dan yakin dengan apa yang dibawa oleh PAS. “Jadi kita(Pemuda PAS) sendiri akan memastikan...
SRITI Al-Irfan 2 Johan Keseluruhan MAIS Johor 2023
Oleh NAZIRUL MUNIR MUAR, 20 Ogos - SRITI Al-Irfan 2 telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) johor 2023 setelah mendapat tempat pertama dalam 4 acara yang dipertandingkan. Sebanyak 18 buah SRITI seluruh Negeri Johor merebut keseluruhan 18 acara yang dipertandingkan pada kali ini di Madrasah At-Tanwiriyah, Parit Jawa, di sini, semalam. SRITI Al-Irfan 2 telah menjadi juara bagi...
Kes Nik Elin : Kerajaan Terengganu seru semua pihak bersatu
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu menyeru semua pihak bersatu memartabatkan undang-undang syariah Islam berikutan terhadap pihak tertentu yang mencabar undang-undang tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata beliau menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar terhadap kes Nik Elin Zurina yang melawan enakmen Kerajaan...
Kes cabar undang-undang syariah : Seruan untuk semua pihak daulatkan islam
Merujuk kepada kes Nik Elin Zurina melawan Kerajaan Negeri Kelantan, saya menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar yang menyatakan bahawa usaha untuk memartabatkan undang-undang syariah sebagai tanggungjawab bersama semua pihak. Untuk makluman, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai salah satu badan berkaitan agama Islam di negeri Terengganu...
20 Seksyen dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan tidak sah?
Isu Nik Elin mencabar keabsahan 20 enakmen syariah Kelantan semalam sepatutnya membuka mata hati umat Islam betapa perlunya kita mengislamkan undang² tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan serta undang² lainnya. Orang² yang berpendidikan sekular tidak mentafsirkan perkara 3 perlembagaan persekutuan (Islam agama persekutuan) sebagai agama yang syumul, di mana ia merangkumi semua aspek termasuklah bab hukum hakam jenayah. Ini kerana di sana sudah...
Yakin khidmat cemerlang Kerajaan PAS Terengganu
DUNGUN – Kemenangan sapu bersih PAS pada Pilihan Raya Negeri 12 Ogos lalu PAS adalah manifestasi keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap khidmat cemerlang kerajaan PAS Terengganu. Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Rantau Abang, Ustaz Wan Mazli Wan Dagang berkata, kejayaan Terengganu menunaikan menifesto dan pelbagai anugerah yang diraih sepanjang lima tahun lalu telah meningkatkan sokongan para pengundi. “Kekuatan sokongan terhadap PAS...
Bersama demokrasi aman, tolak provokasi
Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya bersyukur kepada Allah SWT atas pertolongan-Nya dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pimpinan di semua peringkat, jentera pilihan raya, dan seluruh rakyat yang mengundi Perikatan Nasional (PN), khususnya anak-anak muda yang menjadi gelombang rakyat yang terkuat, sehingga berjaya mengubah landskap politik negara bagi mengekalkan kepimpinan Islam Melayu walaupun belum berjaya sampai ke puncaknya. Sesungguhnya,...
Polis Sweden tahan wanita sembur pemadam api kepada pembakar al-quran
Polis Sweden telah menahan seorang wanita yang menyembur seorang aktivis anti-Islam dengan alat pemadam api. Beliau ditangkap ketika mengadakan protes terhadap pembakaran kitab suci al-Quran di luar kedutaan Iran di Stockholm. Dalam kejadian itu, wanita tersebut meluru ke arah Salwan Momika dan menyembur serbuk putih ke arahnya sebelum dia dipintas oleh anggota polis berpakaian preman yang membawanya pergi. Momika, yang kelihatan terkejut...