Terengganu menang suku akhir pertama Piala Malaysia

Terengganu menewaskan Selangor 2-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Kuala Terengganu pada Sabtu. Penyerang Croatia, Ivan Mamut menjaringkan gol dari sepakan penalti pada separuh masa pertama masa kecederaan. Syahmi Zamri menambah gol kedua pada minit keempat masa kecederaan untuk menjadikan kedudukan 2-0 buat Terengganu. Selangor akan menerima kunjungan Terengganu pada aksi timbal balik pada 24 Sept.

Muslimat tekad kerja tiga kali lipat

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu bertekad akan bekerja tiga kali lipat untuk mempertahankan kemenangan 32 – 0 DUN Terengganu di Pilihan Raya Umum ke 16(PRU16) nanti. Ketuanya, To’ Puan Zarani Othman melahirkan keazaman tersebut sambil berkata jika di PRN15 kita bekerja tiga kali ganda tetapi diatas kepercayaan rakyat Terengganu yang memberi undi kepada PAS, muslimat akan tingkatkan lagi. “Untuk mempertahankan...

SELAMAT HARI MALAYSIA – 16 SEPTEMBER 2023

Sejak tahun 1963, kita telah mula menyambut Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia melibatkan penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Sedar atau tidak, sudah 60 tahun negara tercinta kita, Malaysia terbentuk, walaupun Semenanjung dan Borneo ini dipisahkan dengan Laut China Selatan. Kita dianjurkan untuk menanamkan rasa cinta akan negara berpandukan hadith Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Aku tidak temui negeri yang...

Pelepasan dan pembebasan terpilih menurut syariat Islam

Minda Presiden PAS PELEPASAN DAN PEMBEBASAN TERPILIH MENURUT SYARIAT ISLAM Banyak undang-undang ciptaan manusia sebenarnya mengambil panduan daripada syariat Islam, hasil daripada pengaruh Islam terhadap pengajian orientalis dan kesempatan mencuri ilmu Islam daripada tamadunnya, di samping mencuri harta benda daripada tanah air umat Islam pada zaman penjajahan. Namun begitu, undang-undang yang datang daripada manusia tidak boleh disamakan dengan syariat Islam yang mempunyai roh...

Cina takut PAS kerana Islam?

Minda Presiden PAS CINA TAKUT PAS KERANA ISLAM?  Saya merasa terpanggil apabila ada dalam kalangan Melayu yang buta sejarah agamanya sendiri, membuat kenyataan bahawa bangsa Cina takut terhadap Islam yang dibawa oleh PAS. Bahkan, ada juga Melayu yang bertindak menyertai DAP yang nyata sikapnya anti-Islam kerana ketakutan yang sama. Kenyataan yang dikeluarkan itu menunjukkan kejahilan dirinya atau fikirannya yang masih dijajah....

‘Orang yang ada iman, sanggup dihukum di dunia’ – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - "Orang yang ada Iman, dia sanggup terima hukuman di dunia, jangan di akhirat,” ujar Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi mengulas mengenai itu setelah menjawab celahan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanyakan berkait isu hukum melepas tanpa membebaskan. Ahli Parlimen Marang itu berkata dalam akidah Islam mempunyai...

‘Kerajaan perlu hapus kartel, bukan naik lembu’

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa supaya kerajaan mengambil tindakan terhadap kartel-kartel supaya beban rakyat dapat diringankan. Ahli Parlimen Marang itu berkata, kerajaan boleh bertindak melalui undang-undang supaya berlaku langkah yang baik. Kata beliau, contohnya apabila hendak menurunkan harga daging. “Saya dengar masalahnya adalah kerana para penternak menghadapi kartel-kartel yang menjual...

Terengganu rakam takziah buat mangsa ribut di Libya

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri merakamkan ucapan takziah buat Libya dan rakyatnya berikutan kejadian banjir besar yang melanda timur Libya akibat hujan lebat setelah dilanda 'Ribut Daniel'. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata sehingga kini dilaporkan banjir itu telah mengorbankan sekitar 5,000 orang dengan ribuan lagi dilaporkan hilang. Katanya, bandar Derna, sebuah bandar pelabuhan...

Pertahan semangat Federalisme, Terengganu taja LTdL

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu secara rasmi diumumkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai penaja utama Le Tour de Langkawi 2023 (LTdL) yang akan berlangsung pada 23 hingga 30 Spetember ini. Dalam kejohanan bertaraf antarabangsa itu, kerajaan negeri melalui Tourism Terengganu memberi tajaan sebanyak RM800,000 meliputi tajaan wang tunai dan bantuan logistik. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan...

TSG mahu pertahan Jersi Putih di Le Tour de Langkawi 2023

KUALA TERENGGANU - Pasukan berbasikal bertaraf benua, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) meletakkan sasaran untuk mempertahankan salah satu jersi yang dimenangi tahun lalu, apabila bersaing dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023. Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, salah satu jersi yang dimenangi pada tahun yang lalu iaitu jersi Raja Bukit (jersi hijau) yang dimenangi Mohamad Nur Aiman Mohd Zarif atau Pelumba...