Terengganu sasar 1 juta pelancong ke Tasik Kenyir tahun depan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri menyasarkan satu juta kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata kerajaan negeri akan menambah nilai pelbagai aktiviti termasuk Geo Park Kenyir. Ini kerana katanya, semua aktiviti dilaksanakan di Tasik Kenyir sekarang berbeza ketika negara menghadapi COVID-19 pada tahun 2020 dan 2021. “Dulu pelancong...

Sultan Mizan rai Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama Pegawai Tadbir Negeri dan Pegawai Hal Ehwal Islam Negeri Terengganu sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda, semalam. Keberangkatan tiba Baginda ke Wisma Darul Iman diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan...

Terengganu peruntuk lebih RM24 juta bantu usahawan

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) memperuntukkan lebih RM24 juta kepada 4,887 orang usahawan di bawah Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) sejak diperkenalkan pada 2019 sehingga Ogos 2023. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata skim pembiayaan TUGAS itu diwujudkan khas bagi membantu usahawan dalam industri kecil dan...

Pusat cari kerja Terengganu jadi rujukan negeri lain

KUALA TERENGGANU – Pusat Cari Kerja Terengganu mendapat perhatian dan menjadi rujukan negeri-negeri lain. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ariffin Deraman berkata ini merupakan pengiktirafan yang baik kepada usaha murni ini. Katanya, usaha tersebut melalui kerjasama Pusat pembangunan Sumber Manusia Terengganu (T-HRDC) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Terengganu. "Bagi menghadapi cabaran 2023, pihak kerajaan amat prihatin...

Inilah kemungkaran dan kezaliman yang disebutkan oleh Presiden PAS!

KUALA TERENGGANU – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam menjelaskan, kemungkaran dan kezaliman ekonomi yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan. Sebagaimana yang didakwa oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika perbahasan RMK12 di parlimen, tiga miggu lalu, menegaskan kerajaan pusat menggunakan sumber haram dengan melanggar perjanjian royalti petroleum di negeri...

Fokus peluang kerja bagi elak ‘Brain Drain’

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri memfokuskan dalam membantu rakyat mendapatkan pekerjaan dalam semua bidang berdasarkan tawaran kerja yang ada. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, ia merupakan sebahagian usaha kerajaan negeri untuk menggelakkan 'Brain Drain' daripada berlaku di Terengganu. Katanya, beliau memahami fenomena tersebut yang melibatkan pengaliran keluar tenaga profesional dan berkemahiran tinggi...

Pelan Strategik Pertanian akan capai 100 peratus pelaksanaan

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri berjaya melaksanakan 55 daripada 58 program dalam Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Indutsri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata menjelang penutup pelan tersebut Kerajaan Negeri akan melaksanakan 100 peratus daripada perancangan yang digariskan. "Sejak dilancarkan pada bulan 4 Ogos 2019 dan bakal berakhir menjelang penghujung tahun 2023, sebanyak...

PETRONAS serah Lapangan Terbang Kerteh kepada Kerajaan

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri bersetuju menerima semula tapak Lapangan Terbang Kerteh Kemaman dari PETRONAS sehingga tempoh 31 Mac 2026. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata  untuk itu satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi menyelaras, memantau proses penyerahan serta menilai model perniagaan, cadangan pengurusan sebagai persediaan menerima penyerahan lapangan terbang tersebut. "Kerajaan Negeri melantik Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu...

Kerajaan perlu fokus majukan ‘Lidah Terengganu’

KUALA TERENGGANU - Pulau Duyong yang dikenali sebagai 'Lidah Terengganu' perlu diberikan tumpuan untuk dimajukan serta diterokai sepenuhnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Sr Zaharuddin Zahid berkata dengan keistimewaan yang dimiliki di Pulau Duyong itu ia mampu menjadikannya sebagai destinasi pilihan popular bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini. "Diharap kerajaan negeri dapat meneliti dan melihat kembali Pulau Duyong...

KDNK Perikanan Terengganu naik 9.9 peratus

MARANG – Kadar pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu (KDNK) dalam sektor perikanan meningkat sebanyak 9.9 peratus. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata ia satu jumlah peningkatan yang besar dan akan sentiasa berterusan. Katanya, data dan fakta juga menunjukkan peningkatan dari segi pendaratan hasil laut. “Untuk tahun ini, bermula daripada 5 Oktober kita akan turun...