Terengganu tidak sekat kebebasan atlet bukan muslim
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu tidak pernah melarang atau menyekat kebebasan atlet wanita bukan Muslim untuk mewakili negeri dalam acara sukan seperti gimnastik dan renang sekalipun ia tidak mematuhi konsep mesra syariah. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan Negeri dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim berharap, kenyataannya sebelum ini difahami sebaiknya. "Kita telah jelaskan dari awal, ia tidak terikat bagi...
Sultan Mizan rasmi Masjid Tengku Besar Terengganu
MARANG - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Masjid Kubang Ikan di Kampung Chendering di sini hari ini. Baginda juga berkenan menukar nama Masjid Kubang Ikan kepada Masjid Tengku Besar Terengganu pada majlis berkenaan. Keberangkatan Baginda diiringi Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin. Ketibaan Sultan Mizan disambut oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Yang...
Terengganu terus bertatakrama julang semangat federalisme
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan terus bertatakrama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan semangat federalisme sentiasa subur walaupun ada halangan-halangan tertentu. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan semangat itu akan digarap bersama Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) bagi membolehkan negara bergerak ke depan. "Pada penggal yang lepas, kita menerapkan pendekatan BPMS ini di peringkat negeri, antaranya dengan...
Tun M calon PN di Kemaman hanya khabar angin
KUALA TERENGGANU - Berita PAS-PN akan meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman nanti hanyalah khabar angin. Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini PAS belum memutuskan lagi calon yang bakal bertanding di parlimen berkenaan. "Saya tidak dengar ura-ura, saya hanya terbaca dalam...
Kuasa bukan lesen anak tirikan pengundi lawan
KUALA TERENGGANU - Kemenangan dan kuasa bukan lesen untuk semua pihak menganaktirikan dan berlaku zalim terhadap penyokong parti lawan. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebaliknya pihak yang berkuasa perlu adil kepada semua rakyat tanpa mengira sokongan politik mereka. "Keadilan kita kepada semua rakyat, kita berlaku adil sama ada yang bersama dengan kita atau yang membangkang kita, kerana...
Zon larangan merokok bakal diperluaskan
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri dengan kerjasama pihak Jabatan Kesihatan negeri sedang meneliti cadangan peluasan kawasan yang digazetkan sebagai Kawasan Bebas Asap Rokok (BAR) di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, cadangan peluasan Kawasan BAR ini akan diperluaskan ke setiap daerah dengan matlamat sekurang-kurangnya setiap daerah mempunyai satu Kawasan yang digazetkan sebagai...
Terengganu belanja RM704 ribu selenggara kemudahan sukan
KUALA TERENGGANU- Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM704,000 bagi tujuan penyelenggaraan kemudahan sukan melibatkan pembaikian padang bola sepak, futsal serta kemudahan sukan yang lain tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kerajaan negeri juga akan terus komited untuk menambah baik serta membaik pulih kemudahan sukan yang mengalami kerosakan pada tahun mendatang bagi memastikan golongan...
Naiktaraf Jambatan Manir antara keutamaan Kerajaan Negeri
KUALA TERENGGANU - Jambatan Manir perlu dinaiktaraf bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata berdasarkan kajian dan penelitian yang telah dibuat, jambatan tersebut sudah terlalu lama dan menjadi antara punca kesesakan teruk di jalan tersebut. "Ini kerana Jalan dari Durian Burung ke Pulau Rusa telah di naik taraf kepada 'double...
Terengganu serius didik atlet patuh syariah
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri sentiasa serius dalam melaksanakan dasar sukan patuh syariah termasuklah pemakaian menutup aurat dalam ruang lingkup kuasa yang ada. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim berkata, pelbagai usaha juga dilaksanakan dalam menjayakan hal itu termasuklah mengeluarkan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu pada tahun 2020. "Buat...
Pasarnita Tanjung bakal kembali dengan konsep baharu
KUALA TERENGGANU - Selepas dilihat kurang berjaya menarik pengunjung sejak dibuka pada 2016, Pasarnita Tanjung bakal tampil dengan identiti dan tarikan tersendiri tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ada menerima beberapa proposal untuk menguruskan Pasar Nita. "Kita dimaklumkan suasana Pasarnita suram dan sepi kerana ketiadaan operator untuk menyeragamkan...