PRK Kemaman bawa hasrat rakyat Malaysia tolak kezaliman

KEMAMAN – Rakyat Kemaman bukan hanya mewakili Kemaman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen berkenaan bahkan mewakili rakyat Malaysia yang menolak kezaliman. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassurudin Daud berkata ia berikutan ketidakadilan yang wujud dalam negara Malaysia sekarang. Katanya, ekonomi semakin teruk dengan nilai ringgit juga semakin merundum dan apa lagi yang rakyat Malaysia nak harapkan. "Oleh kerana itu, saya berharap pengundi-pengundi...

Dr Sam layak jadi Perdana Menteri – Tun M

KEMAMAN – “Dr Sam dah memang layak jadi Perdana Menteri,” ujar Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata calon Parti Islam Se-malaysia (PAS), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempunyai keperibadian yang lengkap sebagai seorang pemimpin tertinggi. Katanya, beliau menyeru kepada semua rakyat Kemaman agar keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Disember bagi mengubah nasib...

Tidak perlu ambil masa lama selesai masalah rakyat

KEMAMAN – Kerajaan Madani ditegur kerana mengambil masa yang lama dan tiada tindakan pro-aktif untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat yang kian meruncing. Pengerusi Perikanan Nasional, Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin menempelak Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim, sudah setahun tetapi masih tidak nampak jalan penyelesaian. ” Apa dah jadi, banyak dulu penganalisis ekonomi kata Anwar Ibrahim ini hebat adalah ‘amongst...

PRK Kemaman; lima laporan polis terhadap calon PHBN

KEMAMAN – Pemuda PAS Terengganu telah membuat lima laporan polis berikutan calon Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PHBN) telah melakukan salah laku melanggar akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh berkempen pada PRK Kemaman. Oleh itu, Ketua Penerangannya, Ustaz Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin memberi amaran kepada kerajaan Madani agar menghentikan segala bentuk kempen berunsur sogokan dan rasuah kepada para pengundi. “Antaranya...

Penduduk kampung cina Jabor ucap terima kasih kepada Dr. Sam

KUALA TERENGGANU – Seramai 50 orang penduduk Kampung Cina, Jabor bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan khususnya kepada Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kerana telah meluluskan lot tanah kediaman mereka. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Encik Phua Ka Heng berkata, para penduduk di kawasan itu telah menunggu sekian lama untuk mendaatkan hak...

Keluar mengundi Uuntuk selamatkan islam

KEMAMAN – Pengundi P040 Kemaman diseru keluar mengundi pada 2 Disember untuk menyelamatkan Islam berkuasa di negara ini. Presiden PAS, Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengambil iktibar yang berlaku di Palestin, Hamas sanggup berperang untuk mempertahankan kuasa orang Islam. “Tetapi kita di sini, pilihan raya sahajapun, kita hanya pangkah dengan. pensil sahaja, tidak sanggup juga, ” Dok...

PRK Kemaman; Pemuda PAS lapor polis provokasi melampau UMNO-BN

KEMAMAN – Pemuda PAS Terengganu membuat laporan polis ke atas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Akmal Salleh yang didakwa melakukan provokasi melampau terhadap penyokong PAS hari ini. Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, provokasi itu menimbulkan rasa tidak selesa penyokong PAS dan orang awam sehingga hampir mencetuskan pergaduhan besar. “Ia bermula apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu secara sengaja...

Game changer” ke Putrajaya

KUALA TERENGGANU –Ahli Parlimen Kemaman, Dato Sri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan bahawa kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) ini adalah satu ‘game changer’ yang membuka laluan untuk PAS menuju ke Putrajaya. “Insya Allah, majoriti yang begitu tinggi yang kita capai pada hari di Parlimen Kemaman adalah hasil dari kerja keras semua pihak,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis...

𝙋𝙚𝙢𝙪𝙙𝙖 𝙋𝘼𝙎 𝙡𝙖𝙥𝙤𝙧 𝙥𝙤𝙡𝙞𝙨 𝙥𝙧𝙤𝙫𝙤𝙠𝙖𝙨𝙞 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙢𝙥𝙖𝙪 𝙐𝙢𝙣𝙤

Pemuda PAS Terengganu membuat laporan polis ke atas Ketua Pemuda Umno Malaysia, yang didakwa melakukan provokasi melampau terhadap penyokong PAS hari ini. Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, provokasi itu menimbulkan rasa tidak selesa penyokong PAS dan orang awam sehingga hampir mencetuskan pergaduhan. “Ia bermula apabila Ketua Pemuda Umno Malaysia itu secara sengaja memberhentikan kenderaan yang dinaikinya secara...

MTIS wakil negeri Pahang ke peringkat kebangsaan

Oleh: KHAULAH AL AZWAR KUANTAN, 1 Dis : Pelajar Maahad Tahfiz Al-Istiqamah (MTIS), Temerloh, dinobatkan sebagai johan kategori Juzuk 1-10 perempuan dalam majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Pahang 1445 H/2023M, semalam. Wafa Al-Hana Ahmad Fahizmie, 14 memperolehi markah 90.55, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000/-, sijil serta plak dan akan mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan tahun hadapan. Wafa Al-Hana merupakan...