17 guru ikuti kursus Diploma Pasti

PUSAT Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kelantan mencatat sejarah apabila seramai 17 gurunya mengikuti kursus khas di peringkat diploma. Pengarah Pasti Negeri, Mohd Ariff Abdullah berkata diploma itu akan dikeluarkan Pasti Pusat bagi meningkatkan kemahiran mengajar dalam kalangan guru-guru Pasti. Katanya, kursus siri pertama diadakan sempena cuti sekolah Ogos ini. “Tahun hadapan ia akan diadakan di peringkat negeri-negeri,” ujarnya ketika ditemui...

Memali: Usaha kerajaan halang Islam bangkit

TRAGEDI berdarah di Kampung Memali di pedalaman Baling pada 10 November 1985 disifatkan anak mangsa, dicetus kerana pemerintah tidak senang dengan kebangkitan Islam. Anak Allahyarham Ustaz Mat Piah Yunus mendakwa tidak lojik sama sekali Ustaz Ibrahim Libya mahu mencetus revolusi Islam seperti digambarkan kerajaan dalam kertas putih. Ustaz Zuhdi Mat Piah berkata, Ustaz Ibrahim pernah berkhidmat di bahagian dakwah di Pusat Islam...

Pasti Kelantan tangani ‘stress’ guru

PENGURUSAN Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kelantan mengambil inisiatif menganjurkan seminar stress bagi membantu guru-gurunya meningkat mutu kerjaya. Pengarah Pasti Kelantan, Mohd Ariff Abdullah berkata, seminar yang dihadiri semua guru Pasti diadakan semalam dikendalikan Exco Akademi Kepimpinan Pemuda Pusat, Zaim Zain. Katanya, program itu diadakan bertujuan untuk mengurangkan tekanan sewaktu mengajar dalam kalangan guru-guru Pasti. “Ada guru Pasti tidak mampu...

Perutusan MB Kelantan sempena Hari Kebangsaan ke-60

FIRMAN Allah Taala:    Maksudnya: Orang-orang yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat. Mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara mungkar. Dan bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj:41) Apabila mengingati hari kemerdekaan, kita teringatkan kisah Rasulullah SAW yang memainkan peranan memerdekakan masyarakat Arab dan manusia...

PAS bersedia untuk berapa penjuru sekalipun

Oleh: Ustaz Rosli Abdul Jabbar PAS telah menelusuri jalan perjuangannya yang penuh liku di medan politik Malaysia. PAS melangkah satu demi satu anak tangga dengan membawa aspirasi Islam sebagai matlamat perjuangannya. Dakwah menjadi metod perjuangannya, suntikan semangat perjuangan dan menanamkan kesedaran bahawa umat Islam wajib memperjuangkan, mempertahankan dan melaksanakan hukum Allah yang hanya boleh dilaksanakan melalui kuasa politik menjadi agenda utama...

Perutusan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Kali Ke-60

Bersempena dengan kita memperingati Hari Kemerdekaan tanah air, marilah kita mengenang jasa para pahlawan kemerdekaan kita khususnya daripada kumpulan Islam daripada PAS bersama dengan pendukung Islam yang lain termasuk yang ada dalam kerajaan pada masa itu. Pertama, mereka telah berjaya meletakkan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga Suruhanjaya Reid terpaksa meletakkan Islam adalah Agama Persekutuan. Ini satu kejayaan yang sangat...

PAS KLANG | Golongan Terjajah

Golongan Terjajah. Al-Quran memaparkan kisah Bani Israel, mereka pernah menjadi bangsa pilihan Allah. Dikurniakan pelbagai kelebihan, namun melalui babak-babak penindasan yang berlarutan akibat sikap mereka sendiri. Antaranya : Tidak yakin dengan janji Islam. Saat terperangkap antara gerombolan tentera Firaun dan laut merah, mereka mempersoalkan di mana janji Allah kepada Nabi Musa. Mereka menganggap Nabi Musa menabur janji palsu tentang...

Syabas Atlet Wanita Menjaga Aurat

Syabas Atlet Wanita Menjaga Aurat Sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar: “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud). Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita melibatkan diri mereka di dalam...

Kenyataan Media Presiden PAS: Penindasan Kaum Rohingya: Dunia Jangan Membisu

Kenyataan Media Presiden PAS PENINDASAN KAUM ROHINGYA: DUNIA JANGAN MEMBISU Misi penghapusan etnik Rohingya masih berterusan tanpa penyelesaian, bahkan kerakusan tentera regim Myanmar dan pelampau Buddha Rakhine semakin mengganas tanpa perikemanusiaan. Terbarunya serangan di perkampungan Maungdaw Buthidaung dan Rathidung di Myanmar telah membunuh lebih kurang 500 orang tanpa mengira lelaki, perempuan, orang tua mahupun kanak-kanak, rumah-rumah dibakar dan jumlah ini semakin meningkat....

Tinta Mujahidah: Tugas Para Naqib Dan Naqibat

Tinta Mujahidah 019 Tugas para Naqib dan Naqibat bukan satu kerja yang mudah bahkan ia mempunyai sepuluh kewajipan yang wajib difahami dan dilaksanakan : At-Tazkir, at-Taklif, at-Ta'lim, at-Ta'dhid, at-Tahrik, at-Thatwir, at-Takhthit, at-Taqwim, at-Tawsil dan at-Tadwin. Ilmu dan semangat sahaja tanpa melalui susah payah dalam kerja-kerja Islam, bergerak mengikut musim, kepentingan peribadi menjadi keutamaan, tidak merasa bertanggungjawab terhadap...