Datuk Asri tidak bawa ‘lari’ pejabat PAS

KETIKA Datuk Mohd Asri Muda keluar daripada PAS, tidak pula bangunan PAS Kelantan yang dibina hasil usahanya bertukar kepada parti baharu yang diasasnya. Ketika itu Mohd Asri sebagai Yang Dipertua Agung PAS meletak jawatan pada muktamar yang diadakan 23 Oktober 1982 ekoran masalah dalaman yang berlaku. Pada 1983 beliau membawa penyokong-penyokongnya menubuhkan parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM). Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassurudin...

PAS Sarawak Komited Bangunkan Pendidikan Pra-Sekolah

Agenda pendidikan adalah antara aset terpenting bagi pembangunan tamadun manusia yang merangkumi pendidikan akademik , kerohanian dan akhlaq. PAS Sarawak melihat bahawa agenda pendidikan sebagai antara agenda utama yang seharusnya di beri fokus oleh kerajaan negeri Sarawak. Bajet 2018 bagi negeri Sarawak yang di umum oleh YAB Ketua Menteri Sarawak sebanyak RM5.78bil seharusnya mengambil kira pembangunan institusi pendidikan di semua...

Dimana Bantuan Bekalan Air Bersih Buat Kami di Kuala Niah?

Sabtu, 18 November 2017 : Dengan kepadatan penduduk seramai lebih 300 penduduk dan 80 buah rumah, Kg Lajong dan Kg Kuala Niah sewajibnya berhak mendapat sumber bekalan air bersih yang merupakan sumber asas bagi kehidupan. Kehadiran PAS Kawasan Sibuti hari ini ke Kuala Niah untuk mendengar permasalahan dan keperitan masyarakat yang sudah puluhan tahun menghadapi masalah air. Kini, sumber air hanyalah dari...

Siri 6 | The Return Of AKU dan PAS

Zaman 80an dulu, sayalah penulis poster ceramah bila ada ceramah di kawasan saya, letih juga lah, nak nak bila yang datang tu penceramah terkenal seperti Allahyarham Ust Fadhil Nor, TGHH dan lain-lain, geng-geng otai kerjanya menyuruh je, pernah saya kena tulis pada manila kad sampai 100 keping sebab nak tampal sampai ke Pekan. Dalam satu usrah di Markas PAS Darussalam,...

Kaum India Baling yakin dasar perjuangan PAS

Kaum India yang terdiri daripada beberapa keluarga hadir untuk menyerahkan borang keahlian PAS kepada Dr Balachandran, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). 52 borang keahlian baru itu diserahkan oleh Saudara Loganathan dalam Majlis Dialog dan Penyerahan Borang Keahlian di MTD Kuala Ketil yang mewakili PAS Kawasan Baling. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Brig. Jen (B) Dato' Najmi Hj Ahmad, Timbalan...

​Rakyat Batu Sapi sedia buat perubahan dalam PRU14.

Oleh : Mustaman Mustain. 17 November 2017. SANDAKAN : Rakyat dalam Parlimen Batu Sapi bersedia untuk membuat perubahan dalam PRU14 akan datang dan memilih PAS sebagai wakil mereka dalam parlimen ini. Demikian pandangan yang diutarakan oleh seorang penduduk Apartment Taman Mawar, Wan Faridah Abdullah yang ditemui ketika Jentera Penerangan PAS mengunjungi mereka di tempat mereka pada rabu lalu. Menurut Wan Faridah, mereka menyokong...

PAS Sandakan serah sumbangan tangki air kepada penduduk Kampung Pisang.

Oleh : Muhammad Salman Darwis 17 November 2017. SANDAKAN : Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Sandakan pada khamis lalu telah menyerahkan sumbangan tangki air kepada 5 buah keluarga di Kampung Pisang, Sim Sim. Menurut Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid, sumbangan ini dibuat kerana melihat keperluan penduduk yang tidak memiliki sumber air bersih. Katanya, 5 buah keluarga ini hanya bergantung dengan air...

Program Sehari Bersama Rakyat DUN Taman Templer

Nikmatilah Program Sehari Bersama Rakyat DUN Taman Templer yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer. Semua adalah dijemput pada: Tarikh    :  18hb November 2017@Sabtu Masa     :  9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat  :  Kedai Masjid Seri Melati Ada acara menarik sedang menanti anda semua. Sila layari FB Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer. Cabutan bertuah untuk anda, mari lah memeriahkan suasana...

Bencana Yang Ditempah Di Asia Barat

BENCANA YANG DITEMPAH DI ASIA BARAT Sabda Rasulullah S.A.W. ويل للعرب من شر قد اقترب “Kemusnahan menimpa bangsa Arab, disebabkan kejahatan yang telah mendekati mereka” (Hadis Riwayat Bukhari) Kita sedang menyaksikan betapa benarnya sabda Rasulullah S.A.W. yang menjadi tanda kerasulannya, menyebut perkara yang tidak berlaku pada zamannya, tetapi dapat dilihat pada zaman kita yang paling mutakhir. Ini disebut perkara ilmu Allah yang...

Salam Takziah Kepada YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Bin Hairi Kerana Pemergian Bondanya

Dukacita dimaklumkan bahawa bonda tercinta kepada YB Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi (Exco Kerajaan Selangor), Hajah Saniah Bt Rakiman telah kembali kerahmatullah akibat sakit tua pada jam 11.30 pagi semalam (16hb November 2017). Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Bt. 9, Kg. Medan, Sijangkang selepas Solat Asar. Marilah sama-sama kita doakan semoga roh Allayarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...