Home Berita PAS Sarawak

Dimana Bantuan Bekalan Air Bersih Buat Kami di Kuala Niah?

1358
SHARE

Sabtu, 18 November 2017 : Dengan kepadatan penduduk seramai lebih 300 penduduk dan 80 buah rumah, Kg Lajong dan Kg Kuala Niah sewajibnya berhak mendapat sumber bekalan air bersih yang merupakan sumber asas bagi kehidupan.

Kehadiran PAS Kawasan Sibuti hari ini ke Kuala Niah untuk mendengar permasalahan dan keperitan masyarakat yang sudah puluhan tahun menghadapi masalah air.

Kini, sumber air hanyalah dari sumber air bawah tanah dan sungai berdekatan yang sudah pasti kualiti air nya rendah serta menyukarkan kehidupan masyarakat setempat.

PAS Kawasan Sibuti mendesak agar kerajaan Malaysia khususnya di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberi perhatian serius akan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kuala Niah berkaitan hal air.

Di mana air bersih kami?
Di mana air bersih kami?
Di mana air bersih kami?

Butir bin Bakar
Yang Di Pertua PAS Kawasan Sibuti