MANGSA LEMAS DITEMUI, MISI SAR DITUTUP

Kuantan, 20 November - Mangsa lemas yang terjatuh ke dalam Sg. Kuantan pada Sabtu yang lepas telah ditemui hari ini. Mangsa lemas warganegara Indonesia ditemui berdekatan kawasan Tanjung Punai, berdekatan dengan tempat jatuh mangsa dalam keadaan timbul dipermukaan air setelah 3 hari dari hari kejadian oleh Anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan (JAMKK) yang turun bersama agensi kerajaan yang...

Alyah teruja pengalaman pelik di Kelantan

PENYANYI Datin Alyah tidak dapat menggambarkan bagaimana situasi sebenar program hiburan ‘tertutup’ wanita anjuran Pertubuhan Nisa’ Kelantan. Noor Hasliah Abu Hasan yang terkenal dengan lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’ itu mengakui tidak pernah menghadiri program nyanyian tertutup yang hanya dihadiri kaum hawa sahaja. Beliau yang bertindak sebagai Ketua Juri berkata demikian pada program Nisa’ Talent Time di Kelantan Trade Cantre (KTC), di sini...

Muslimat PAS kelantan sokong hasrat Bibi

DEWAN Muslimat PAS Kelantan menyokong hasrat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang akan mewajibkan skuad pasukan itu menutup aurat apabila berkasi di Liga Malaysia musim depan. Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata perkara itu sewajarnya dilakukan kerana ia kehendak syariat. Menurutnya, semua tahu aurat lelaki adalah dari pusat sehingga bawah paras lutut. Katanya, amat wajar sekiranya Kafa ingin mewajibkan pemainnya menutup aurat...

Koperasi Rakyat Kelantan agih dividen 10 peratus

SEBANYAK RM494,532.90 dividen telah dikeluarkan oleh Koperasi Rakyat Kelantan Berhad. Dividen itu diagihkan kepada 1,333 orang anggota koperasi kali ke-enam itu. Pengerusi koperasi berkenaan, Sabri Abdullah berkata, ahli koperasi memperoleh dividen sebanyak 10 peratus atas modal syer. Katanya, pada masa yang sama 9 peratus atas pelaburan diberikan kepada anggota yang layak. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6...

Majlis konvokesyen menghargai pengorbanan ibu dan ayah

TEMERLOH, 19 November- Pasti Kawasan Temerloh telah mengadakan Majlis Konvokesyen utk murid- murid Pasti. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Haji Md Jusoh Darus, YDP Pas Kawasan Temerloh. Majlis yang penuh warna-warni ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid Pasti. Para ibu bapa juga hadir bagi meraikan anak-anak mereka. Tahniah kepada guru-guru Pasti yang mendidik anak-anak ini. #sejahterabersamaIslam

Assabiqun Lengkapkan Impak PAS

Assabiqun Lengkapkan Impak PAS Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi GOMBAK: Penubuhan Assabiqun PAS Pusat melengkapkan pakej kepelbagaian PAS yang merangkumi segenap lapisan masyarakat dengan pendekatan semasa. Antara golongan yang menyertai Assabiqun adalah di kalangan ahli PAS berusia 55 tahun ke atas dengan cara mengisi borang Keahlian Assabiqun, boleh diperolehi dari Setiausaha PAS Negeri dan Kawasan. Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata demikian ketika...

TAMPOK Berjaya Diadakan

Tamrin Politik Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Tampok) telah berjaya diadakan pada 18 & 19 November 2017 bertempat di Tahfiz Nur Ramadhan, Tanjung Malim. Program ini menghimpunkan pimpinan pemuda di peringkat negeri dan kawasan2 . Tujuan ia diadakan ialah untuk memberi pendidikan politik dan juga tarbiyah ruhiyyah kepada peserta. Banyak pengisian bermanfaat sebagai bekalan perjuangan telah disampaikan oleh beberapa pimpinan,...

GST Boleh Dihapuskan

GST Boleh Dihapuskan Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi TELUK INTAN: GST boleh dihapuskan dan digantikan dengan cukai yang lebih menepati kehendak syarak bahkan memberi pulangan terbaik kepada negara. Konsep percukaian dalam Islam dapat dilihat melalui sistem zakat di mana lebihan harta diambil dari golongan kaya dan diagihkan kepada golongan asnaf yang terdiri daripada golongan miskin dan yang sangat memerlukan bantuan. Pandangan itu disuarakan...

Dekati Masyarakat Melalui Ziarah Kebajikan

Dekati Masyarakat Melalui Ziarah Kebajikan Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi BAGAN DATUK: Situasi ekonomi serta tekanan hidup semestinya memberikan impak kepada masyarakat dalam meneruskan kehidupan terutama bagi rakyat luar bandar. PAS terus mendekati masyarakat untuk terus menyelami serta mendengar keluhan rakyat bagi meneruskan tanggungjawab keluarga. Atas dasar demikian, PAS Bagan Datuk komited melaksanakan ziarah kebajikan di samping menyampaikan sumbangan sebagai tanda kebersamaan membantu...

Konvensyen Sekretariat Kebangsaan Segarkan Pengurusan Organisasi

Konvensyen Sekretariat Kebangsaan Segarkan Pengurusan Organisasi Oleh : Zulhafeez Ahmad Zahidi GOMBAK: Penganjuran Konvensyen Sekretariat Kebangsaan kali ke-3 berjaya menghimpunkan penggerak utama pengurusan organisasi dengan tujuan memperkemaskan sistem pentadbiran di samping memberikan kesedaran peranan Jabatan Setiausaha. Program yang berlangsung di Dewan Dato' Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, 18 November telah disusun beberapa slot untuk menyegarkan jentera pengurusan parti...