Home Artikel PAS Pusat

Konvensyen Sekretariat Kebangsaan Segarkan Pengurusan Organisasi

148 views
SHARE

Konvensyen Sekretariat Kebangsaan Segarkan Pengurusan Organisasi
Oleh : Zulhafeez Ahmad Zahidi

GOMBAK: Penganjuran Konvensyen Sekretariat Kebangsaan kali ke-3 berjaya menghimpunkan penggerak utama pengurusan organisasi dengan tujuan memperkemaskan sistem pentadbiran di samping memberikan kesedaran peranan Jabatan Setiausaha.

Program yang berlangsung di Dewan Dato’ Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, 18 November telah disusun beberapa slot untuk menyegarkan jentera pengurusan parti dengan lebih baik berdasarkan indikator yang telah ditetapkan.

Slot pertama peserta didedahkan tentang peranan Setiausaha yang disampaikan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyudin Hassan dalam menguruskan perjalanan parti bahkan posisinya untuk menghadapi pilihan raya akan datang sangat diperlukan.

Program diteruskan dengan pembentangan berkaitan persempadanan semula yang perlu diberikan perhatian sebagai langkah awal menjelang pilihan raya 14.

Pengetahuan menguruskan aset turut dibentang berikutan beberapa insiden yang berlaku melibatkan perundangan supaya memastikan hak pemilikan harta hasil usaha sumbangan ahli-ahli PAS.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Timbalan Pengarah JUHAM, Fairuz Idris bahkan beliau turut membuka ruang soal jawab kepada peserta agar beberapa isu yang berlaku dapat difahamk sebaiknya.

Untuk memastikan kelangsungan PAS mampu memberikan impak kepada politik Malaysia, Jabatan Bendahari PAS telah melancarkan sistem infaq auto debit serendah RM 10, taklimat itu turut disampaikan oleh Bendahari PAS, Razman Zakaria sebelum pelancaran Assabiqun PAS.