Terengganu ambil langkah agama, politik dan undang-undang tuntut hak royalti
MARANG – Kerajaan negeri mengambil tindakan agama, politik, dan undang-undang bagi menuntut hak royalti yang sepatutnya diberikan kepada rakyat Terengganu. Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menegaskan bahawa tindakan agama akan melibatkan solat hajat sebagai ungkapan doa bagi mereka yang dizalimi, yakin bahawa doa tersebut tidak akan ditolak oleh Tuhan. “Baru-baru ini Terengganu...
Perginya amilin yang istiqamah menabur bakti dalam jemaah
Oleh : HABSAH ALI KUANTAN, 14 Apr - Ustaz Muhammad Naazir Ramly telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.32 petang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam. Beliau telah disahkan menghidap sakit barah paru-paru pada September 2023 dan telah mendapat rawatan yang sewajarnya. "Setelah mendapat rawatan awal di HTAA dengan ubat berharga RM20 ribu, Naazir kelihatan telah beransur sihat...
Pelajar PASTI antara penggerak boikot produk
DUNGUN – Pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan sebahagian daripada penggerak kepada kejayaan kempen boikot sesuatu produk yang dijalankan samada yang menyumbang kepada tentera Israel ataupun ‘Beli Barangan Muslim’. Ketua Pemuda PAS DUN Rantau Abang, Ustaz Muhaimin berkata, para pelajar akan mengingatkan kepada kedua ibu bapa mereka tatkala membeli sesuatu produk. “Sehinggakan untuk memilih produk yang yang berlogo halal, sekaligus...
230 sertai khatam Al Quran DUN Rantau Abang
DUNGUN – Hampir 230 orang wanita di DUN Rantau Abang telah menyertai Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran 4.0 Muslimat PAS DUN tersebut yang menyaksikan peningkatan penyertaan setiap kali diadakan. Ketua Muslimatnya, Rugayah Mahmood berkata majlis yang masuk tahun keempat diadakan pada penghujung Ramadan itu dilihat sebagai kemuncak program tadarus yang dianjurkan di surau-suara, Masjid dan kumpulan mengaji di cawangan...
Iran serang Israel
KUALA TERENGGANU, 14 April - Tentera Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah melancarkan serangan dron dan peluru berpandu balistik ke atas sasaran-sasaran utama di negara haram Zionis Israel sebagai tindakbalas terhadap pengeboman bangunan Kedutaan Iran di Damsyik, Syria pada minggu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata berikutan serangan tersebut, sebanyak 726 amaran...
20,000 Orang serbu rumah terbuka MB Terengganu
KUALA TERENGGANU - Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Terengganu berlangsung meriah dengan kehadiran sekitar 20,000 pengunjung di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk di sini. Majlis yang bermula pada pukul 11 pagi hingga jam 2.00 petang itu bukan sahaja dihadiri kalangan rakyat beragama Islam malah turut dimeriahkan dengan kehadiran komuniti bukan Islam. Pelbagai juadah disediakan kepada orang ramai yang hadir seperti...
Polis Terengganu tumpu 34 lokasi ‘Hotspot’ kemalangan dalam Op Selamat
HULU TERENGGANU - Polis mengenal pasti 34 kawasan 'hotspot' berlakunya kemalangan di Terengganu terutama ketika musim perayaan ini. Ketua Polisnya, Datuk Mazli Mazlan berkata ia membabitkan 30 jalan persekutuan dan empat jalan negeri termasuk Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2). "Kita telah kenal pasti kawasan hotspot (kawasan kerap berlaku kemalangan) dan kawasan blackspot (kawasan berlaku kemalangan maut) di negeri ini. "Kita akan...
PAS Sandakan gerakkan jentera tumpu PRN akan datang
Oleh: Aizal Samsaruddin 12 April 2024 SANDAKAN: PAS Sandakan telah mula menggerakkan jentera bagi memberi tumpuan penuh kepada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) akan datang. "Sudah tiba masanya untuk kita fokuskan sepenuhnya gerak kerja pilihanraya bagi menghadapi PRN Sabah kali ini," kata Setiausaha PAS Negeri, Sahar Abdul Majid. Menurutnya, berkat kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini sudah cukup untuk memberikan tarbiah sebagai persediaan...
Petugas barisan hadapan terharu dikunjungi pagi Syawal
Oleh: Ahmad Dihyah 12 April 2024 KINABATANGAN: Para petugas barisan hadapan terharu dan gembira menerima kunjungan serta mendapat buah tangan daripada PAS Kawasan Kinabatangan, di pagi Syawal, kelmarin Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kinabatangan, Jumaidin Lakalla tahun ini merupakan tahun ketujuh program tersebut dilaksanakan bagi meraikan mereka yang terpaksa bertugas di pagi hari raya. "Semua ini adalah hasil daripada sumbangan orang ramai, kami...
Dewan Ulamak PAS Perlis sediakan Khutbah Aidilfitri 1445H
ARAU, 9 Apr: Menjelang sambutan Aidilfitri 1445H yang akan tiba, Dewan Ulamak PAS Negeri Peris (DUPNPs) telah menyediakan teks Khutbah Aidilfitri 1445.