Home Berita PAS Terengganu

Terengganu ambil langkah agama, politik dan undang-undang tuntut hak royalti

23
SHARE

MARANG – Kerajaan negeri mengambil tindakan agama, politik, dan undang-undang bagi menuntut hak royalti yang sepatutnya diberikan kepada rakyat Terengganu.

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menegaskan bahawa tindakan agama akan melibatkan solat hajat sebagai ungkapan doa bagi mereka yang dizalimi, yakin bahawa doa tersebut tidak akan ditolak oleh Tuhan.

“Baru-baru ini Terengganu ingin melaksanakan manajat namun ditangguhkan kerana kerajaan pusat membayar wang ehsan yang disebut sebagai royalti, walaupun jumlahnya sedikit.

“Bagi tindakan politik, seperti yang sedang dilakukan oleh kerajaan negeri sekarang di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar iaitu berunding bagi mencari jalan penyelesaian,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada perantau pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama Perantau Terengganu di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang di sini baru-baru ini.

Sementara untuk tindakan undang-undang, Abdul Hadi menegaskan bahawa langkah tersebut akan dibawa ke Mahkamah bergantung kepada bidang kuasa mahkamah, menunjukkan keputusan yang dilakukan akan berlandaskan keadilan.

Beliau menekankan bahawa langkah-langkah tersebut akan diambil dengan kesabaran.

Namun demikian, Terengganu juga memanfaatkan hasil sumber lain seperti Unsur Nadir Bumi (REE), yang dilihat sebagai satu sumber asli dengan nilai yang tinggi dalam dunia hari ini.

“Terdapat sumber asli tersebut di Malaysia dan paling banyak berada di negeri Terengganu,” katanya.

Abdul Hadi turut menegaskan bahawa hak royalti terang-terangan dilanggar oleh kerajaan pusat.

Menurutnya, pelanggaran terhadap perjanjian, perlembagaan undang-undang dan demokrasi.


Beliau mengingatkan peristiwa krisis antara kerajaan pusat dengan Sabah dan Sarawak semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

“Di mana upaya kerajaan pusat untuk mengambil alih hasil bumi tersebut menyebabkan ketegangan yang serius dan akhirnya diputuskan untuk diadakan rundingan bagi mencari penyelesaian.

“Sebagai contoh, Sabah dan Sarawak pada masa itu telah mencabar untuk keluar dari Malaysia sebelum akhirnya dipersetujui untuk mengadakan Akta Petroleum,” katanya.

Beliau berkata, iaitu bahawa hasil petroleum akan diberikan kepada syarikat petroleum tertentu.

“Dengan lima peratus diberikan kepada negeri dan lima peratus kepada kerajaan pusat dan selebihnya diurus oleh syarikat petroleum yang juga dibawah pusat,” ujarnya.