TABLE TALK 2.0

https://www.facebook.com/118733374877229/videos/375351973407045/

Pasti Fastaqim ke Zoo Melaka

  KUALA PILAH : PASTI Fastaqim telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka dan sekitar Banda Hilir semalam. Seramai 30 orang peserta telah mengikuti lawatan tersebut yang terdiri daripada murid-murid, ibubapa dan guru serta Ahli Jawatankuasa Pasti Fastaqim. Rombongan diketuai Ustazah Nor Fatihah binti Mohd Ghazali, guru Pasti Fastaqim. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid...

Seruan Pesuruhjaya PAS Perak ke Himpunan Penyatuan Ummah 2.0

Seruan Pesuruhjaya PAS Perak ke Himpunan Penyatuan Ummah 2.0 sempena kemerdekaan Negara kali ke-62. Tarikh: 30 Ogos 2019 Hari: Jumaat Masa: 8 malam Tempat: Pasir Salak Moh kite hadir beramai2 untuk menjayakan himpunan ini!!! #Share

Mengapa Dr. Zakir Naik Mahu Dihalau?

Minda Presiden PAS MENGAPA DR. ZAKIR NAIK MAHU DIHALAU? Soalan “Mengapa Dr. Zakir Naik mahu dihalau?” ditujukan kepada kalangan yang masih berputar belit kenyataannya walaupun sudah ada kenyataan rasmi, tetapi masih ada lidah yang membuat kenyataan berbelit. Ia menandakan hatinya lebih menyimpan rasa mahu tetap bermusuh tanpa mengenang budi dan bersyukur kepada jasa orang kepadanya. Kita diajar bahawa orang yang tidak...

PAS Papar anjur Bengkel Penulisan Haraki

Nurizyan Haziqah Hussin, 28 Ogos 2019 PAPAR: Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Kawasan Papar telah menganjurkan Bengkel Penulisan Haraki yang disampaikan oleh Ustaz Amiruddin Mohd Rosdi selaku Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah. Seramai 11 orang yang telah menghadiri bengkel penulisan haraki yang diadakan di Sekolah Integrasi Teras Islam (SRITI) An-Nawawi Papar, di sini kelmarin. Bengkel ini pertama kali diadakan...

PAS Tawau sumbang RM4K kepada mangsa kebakaran

Oleh : Anna Tan TAWAU 27 Ogos ~ PAS Kawasan Tawau menyampaikan sumbangan RM4000 kepada mangsa kebakaran Kg Otentik, Tg Batu, petang tadi. Yang DiPertuanya Tuan Mohamad Husain berkata, bantuan itu bagi memenuhi keperluan asas dan mendesak 107 keluarga yang kehilangan rumah akibat musnah dijilat api malam tadi. Katanya, sumbangan berkenaan bagi meringankan beban mangsa yang terdiri daripada warga emas, wanita ,...

AYUH SAHUT KIBAR JALUR GEMILANG!

AYUH SAHUT KIBAR JALUR GEMILANG! Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62, Muslimat PAS menyeru seluruh muslimat PAS dan seluruh warganegara Malaysia untuk mengeskpresikan rasa cinta kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang di mana sahaja anda berada. Jalur Gemilang adalah simbolik perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama yang sudah berintegrasi sekian lama di tanah tercinta ini. Ayuh memaknai...

Wujudkan Teksi Motosikal yang “Syariah-Compliant”

KENYATAAN MEDIA 27 Ogos 2019 bersamaan 26 Zulhijjah 1440 Wujudkan Teksi Motosikal yang "Syariah-Compliant" 1. Muslimat PAS prihatin dengan kehendak teksi motosikal di Malaysia memandangkan ianya dapat mengisi keperluan menambah pendapatan rakyat terutama golongan anak muda.  Bahkan, ianya dijangka akan memberi kesan positif kepada sektor perdagangan dalam negeri, khususnya dalam 'perdagangan edaran' di mana ianya akan dapat meningkatkan produktiviti dari aspek logistik...

PAS Kalabakan rayu sumbangan untuk mangsa kebakaran

Oleh : Hazimah Lanus 27 Ogos 2019 Kalabakan : PAS Kalabakan merayu sumbangan kewangan orang ramai bagi membantu mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Laut Otentik dan Kampung Sri Menanti yang dilanda musibah tersebut semalam. Rayuan itu disuarakan oleh Yang Dipertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah selepas menyampaikan sumbangan sarapan kepada mangsa di lokasi kebakaran pagi tadi. Katanya, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam,...

SRITI Perlis Cemerlang Di Kota Bharu

ARAU : SRI Al Furqan (SRITI Perlis) terus mencatat kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Sukan SRITI Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 yang berlangsung pada 23 hingga 24 Ogos lalu di kampus IPGM Kota Bharu.