KOKULAC, UITM bekerjasama bina Hub Iindustri Cendawan di Kelantan
Oleh NORZANA RAZALY PASIR PUTEH, 18 Jun: Koperasi Usahawan Cendawan Kelantan Berhad (KOKULAC) menandatangani perjanjian persefahaman dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang untuk bekerjasama membuat penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai bidang berkenaan industri cendawan. Perjanjian tersebut dimeterai secara maya oleh Pengerusi KOKULAC, Hasmi Hassan bersama Rector UiTM Cawangan Pulau Pinang, Professor Ts Dr Salmiah Kasolang baru-baru ini. Hasmi berkata matlamat...
Pakej Bantuan Cakna Rakyat Fasa 2: Tambahan RM2.25 juta untuk peniaga kecil
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA KOTA BHARU, 17 Jun: Prihatin dengan masalah rakyat yang terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 khususnya peniaga-peniaga kecil, kerajaan negeri bersetuju untuk fasa kedua memperuntukkan sebanyak RM50 ribu bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.25 juta, demikian menurut kenyataan media Menteri Besar, YAB Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob...
Menteri puji kesungguhan Kelantan capai imuniti kelompok
Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 17 Jun: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuji kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan mempelbagaikan cara pemberian vaksin kepada rakyat agar sasaran 80 peratus imuniti kelompok dapat dicapai menjelang Oktober ini. Sehubungan itu, beliau menyatakan lima lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka di Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok,...
ADUN Pasir Tumboh agih bantuan makanan
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA KUBANG KERIAN, 17 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus bersama Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat DUN (PKD) Pasir Tumboh mengagihkan bantuan bakul makanan berupa makanan asas dapur kepada penghulu untuk diedarkan kepada penduduk yang terkesan wabak Covid-19, semalam. YB Abdul Rahman berkata PKD Pasir Tumboh akan terus memantau operasi pengagihan...
KPKB anjur pertandingan video pendek
Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 17 Jun: Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) menganjurkan pertandingan video pendek berslogan Bertani Satu Ibadah dengan hadiah utama seekor kambing. Pertandingan bertemakan “Lockdown Living” mempelawa rakyat Kelantan yang bermastautin di negeri ini berkongsi aktiviti pertanian yang dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Pengurus Besar KPKB, Mohd Mukhlis Mukhtar berkata penglibatan para peserta bimbingan aktiviti program...
Teknik belajar berstrategi, ‘Qiamulail’ faktor kejayaan Ain Qitrin Azmi
Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 16 Jun: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan minggu lalu amat mendebarkan kerana ia menjadi kayu ukur keberkesanan sistem pendidikan gaya baharu sekali gus mencatat pengalaman bersejarah bagi perintis kluster SPM yang menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Pelajar terbaik keseluruhan sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK), Ain Qitrin Azmi...
Perkongsian bekas pesakit Covid-19 yang turut kehilangan bapa tercinta
Perkongsian pengalaman dari bekas positif Covid-19 yang turut mengorbankan ayahanda tercinta. Semoga ia menjadi iktibar dan pedoman untuk kita.
Pengarah Pendidikan Kelantan zahirkan rasa bangga
Tahniah kepada para guru di Kelantan yang sentiasa memastikan pelajar-pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun dalam situasi pandemik Covid-19
‘Lockdown’, buruh mohon insentif kerajaan
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA TUMPAT, 16 Jun: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) memberi cabaran hebat kepada buruh binaan. Mohamad Hassan, 44, dari Kampung Bendang Luas, menyatakan sepanjang tempoh tersebut pendapatan beliau berada pada tahap kritikal kerana sudah tidak bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terdahulu. "Banyak projek yang terpaksa disiapkan segera, tetapi saya tidak dapat melakukannya dan terpaksa membuat...
SPM 2020: Pengalaman bersejarah pelajar perintis PDPR
Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 16 Jun: 22 buah sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah mencatat keputusan kelulusan 100 peratus dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Pengarah YIK, Engku Rajhan Engku Ismail berkata, sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan secara dalam talian dimanfaatkan oleh guru- guru dan pelajar serta pemantauan serius oleh ibu bapa menjadi...