Kerajaan Negeri sediakan rumah sewa untuk mangsa tanah runtuh

HULU TERENGGANU - Kerajaan negeri mengambil tindakan segera menyediakan rumah sewa untuk didiami waris mangsa tanah runtuh bermula malam ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu Maliaman Kassim berkata pihaknya juga akan membantu menguruskan pengebumian dua beradik tersebut. “Kami juga akan salurkan bantuan bersesuaian kepada mangsa yang dirawat di hospital,” katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri...

Penduduk Rantau Abang diminta berwaspada

Oleh: Wan Al Affan Bassam Wan Manam DUNGUN - Penduduk di sebelah pedalaman Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang dinasihatkan berwaspada ekoran paras air yang semakin meningkat di beberapa kawasan dalam DUN berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, sehubungan itu orang ramai perlu mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah. "Jika perlu berpindah, segera berpindah...

Tanah runtuh: Dua beradik maut, seorang tercedera

HULU TERENGGANU - Dua beradik disahkan maut dan seorang lagi cedera akibat runtuhan  tanah yang menimbusi rumah mereka di Kampung Bukit Apit, di sini hari ini. Mangsa yang maut ialah Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, masing-masing ditemukan jam 6.32 petang dan 6.59 petang. Sementara itu, seorang lagi mangsa yang terselamat Uzair Azman, 17, ditemukan jam 5.17 petang...

Tanah runtuh : ‘Dengar suara minta tolong tapi tak dapat kesan’ – Saksi

HULU TERENGGANU - "Saya dengar suara meminta tolong sayup dalam kesan  runtuhan tapi tidak tahu dari mana," kata Danial Arabi,36. Dia merupakan orang terawal yang pergi melihat insiden tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil di sini hari ini. Berkongsi cerita saat kejadian itu berlaku, dia yang juga merupakan jiran terdekat sedang berehat dan mendengar  bunyi yang kuat dan apabila keluar...

MB turun padang santuni mangsa banjir

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, terus komited memantau keadaan banjir di negeri ini dengan melawat kawasan terjejas dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir. Semalam, beliau meluangkan masa meninjau situasi banjir di Hulu Terengganu, termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil. Lawatannya meliputi PPS Tok Randok dan PPS Bukit Kolam, di...

Pertembungan tiga sungai di Hulu Berang akibatkan banjir besar

HULU TERENGGANU - Pertembungan tiga sungai utama di kawasan Hulu Berang sekiranya berlaku hujan lebat tanpa henti boleh menyebabkan kampung-kampung di kawasan berkenaan ditimpa banjir besar. Menurut Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselatan Kampung (JPKK) Kampung Kua, Wahab Awang, banjir akan terjadi apabila pertembungan antara Sungai Kua, Sungai Berang Dan Sungai Terengganu dan menyebabkan mereka terputus hubungan. "Kampung Kua,  Kampung Pengkalan Ajal Dan...

Peserta Perlis johan sajak lelaki Alam Ria PASTI Malaysia 2024

ARAU, 1 Dis : Wakil Perlis berjaya menjadi johan pertandingan Sajak Lelaki Alam Ria PASTI Malaysia 2024 yang berakhir semalam. 

Penduduk Rumah Panjang Sumping sertai DHPP Sarawak

Oleh: Zahirah Awang Bintulu - Karnival Rakyat di Rumah Panjang Sumping Ak Limban telah berjaya dilaksanakan pada Sabtu yang lalu anjuran PAS Bintulu. Sambutan terhadap acara ini amat memberangsangkan dengan keterlibatan aktif penduduk sepanjang program berlangsung. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk gotong royong memasak bersama orang kampung, pemeriksaan kesihatan, cabutan bertuah, sukaneka kanak-kanak dan dewasa serta pertandingan tarik tali. Acara kemuncak...

34 PPS diaktifkan di Hulu Terengganu, tempatkan 2,155 mangsa

HULU TERENGGANU - Mangsa banjir di Hulu Terengganu terus meningkat kepada 2,155 orang setakat pukul 10 pagi ini susulan hujan berterusan sejak semalam. Ketika ini, semua mangsa membabitkan 737 keluarga itu ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS). Enam mukim di daerah ini terjejas banjir iaitu Hulu Telemong,Tersat,Hulu Berang,Tanggol,Kuala Telemong dan Penghulu Diman. Sementara itu, menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan, dua sungai...

Tiga sekolah di Kuala Berang tutup akibat banjir

HULU TERENGGANU -Tiga sekolah di Kuala Berang, di sini, ditutup berikutan banjir yang melanda. Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, mula digenangi air sedalam lebih dua meter sejak awal pagi tadi. Manakala, jalan utama ke Sekolah Menengah Agama Mahmudiah  dan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, digenangi air. Ketika tinjauan dibuat, anggota bomba balai Kuala Berang sedang giat membantu membawa keluar pelajar-pelajar sekolah tersebut...