COVID-19: Terengganu tambah satu lagi PKRC
KUALA TERENGGANU, 2 Ogos - Satu lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan dibuka di negeri bermula esok susulan peningkatan mendadak kes positif yang berlaku semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata setakat ini terdapat enam PKRC dengan kapasiti 2,967 katil dan pembukaan yang terbaharu itu menjadikan tujuh pusat...
Vaksin di kawasan kritikal ditambah, dipercepat – MB Terengganu
Oleh: Husaif Mamat KUALA TERENGGANU, 2 Ogos - Kerajaan negeri akan menambah dan mempercepatkan pemberian vaksin di kawasan kritikal bagi mengurangkan penularan COVID-19 di Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau akan memohon dengan pihak berautoriti agar perkara itu dilaksanakan di kawasan yang mengalami jangkitan tinggi di negeri terbabit seperti Kemaman dan Dungun. "Kerajaan negeri juga menerusi Jabatan...
300 pemain industri pelancongan Tasik Kenyir terima vaksin
HULU TERENGGANU, 2 Ogos - Seramai 300 individu yang terlibat dalam industri pelancongan di Tasik Kenyir, di sini, termasuk 200 penduduk sekitar mula menerima suntikan vaksin Covid-19, hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata pemberian vaksin kepada kumpulan itu dilihat dapat membantu memulih dan merancakkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk. "Langkah itu juga membantu...
PEMULIH : cukai pelancongan, perkhidmatan dikecualikan
PUTRAJAYA, 2 Ogos- Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat dan mengecualikan cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan kepada pengendali hotel sehingga akhir tahun ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sebagai pendorong kepada sektor pelancongan apabila negara mula beralih kepada Fasa Ketiga Program Pemulihan Negara (PPN) kelak. "Apabila negara beralih ke Fasa Empat PPN,...
Pulau Redang lengang, pengusaha resort kekal optimis
Oleh: Fakrusy Syakirin Ahmad Sabri KUALA NERUS, 2 Ogos – Pulau Redang kini melalui fasa suram akibat ketiadaan pengunjung berikutan penularan wabak COVID-19. Namun buat pengurus operasi resort Redang Bay, Lim You Jing, 37, beliau masih menaruh harapan dan mengambil pelbagai langkah drastik demi mengharungi kesan ekonomi tersebut. Katanya yang meneraju bisnes keluarganya itu sejak 1989, sebelum dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan pada...
Lagi 21 lokaliti di Terengganu dikenakan PKPD
KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 21 lokaliti melibatkan tiga mukim bagi mengawal penularan COVID-19, bermula 3 Ogos hingga 16 Ogos ini. Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata mukim yang terlibat ialah Mukim Jabi yang melibatkan lokaliti Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan di Besut. "Sementara itu, dua...
KARYA KREATIF | Sahabat.. Marilah Bersama
Oleh : Zulfahmi Ramli Sahabat Tika waktu menghampiri penghujung Makin kuat ujian hadir tanpa diduga Makin berat tertanggung dibahu Makin hangat rasa bahangnya Sahabat Hadirlah membantu bersama Berusaha dan berikhtiar keranaNYA Pastinya manis untuk dinikmati Menentu arah, mencapai halatuju Sahabat Kini masanya sudah tiba Perlunya peranan pemikir Perlunya fungsi perancang Perlunya tugas pelaksana Sahabat Sampai bila ingin melihat sahaja Menanti perkhabaran hanya dari jauh Usah ditanya apa akan diterima Marilah bersama, bantu setia Sahabat Bergandinglah, bekerjasamalah sentiasa Untung dicari bukan di dunia Akhirat...
Terengganu antara negeri catat pendaftaran vaksinasi terendah
KUALA TERENGGANU, 2 Ogos - Terengganu masih merekodkan kadar pendaftaran terendah bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat kelmarin. Tiga negeri lain yang turut merekodkan kadar pendaftaran terendah adalah Sabah, Kelantan dan Pahang. Berdasarkan statistik dipaparkan di laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Sabah mencatatkan peratusan terendah pendaftaran vaksinasi iaitu 42.9 peratus dengan setakat ini, 1,182,703 penduduk...
Prof Dr. Mazlan dilantik naib canselor UMT
PUTRAJAYA, 2 Ogos – Prof Dr. Mazlan Abd. Ghaffar, 59, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baharu, berkuat kuasa esok. Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Datuk Prof. Dr. Nor Aieni Mokhtar yang menerajui UMT selama enam tahun sejak tahun 2015. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam satu kenyataan berkata, Mazlan berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains...
753 penduduk Pulau Redang terima suntikan vaksin
Oleh:Fakrusy Syakirin Ahmad Sabri KUALA NERUS, 2 Ogos – Seramai 753 orang penduduk Pulau Redang menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama menerusi program Outreach Imunisasi COVID-19 (PICK). Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ahmad Faris Abdul Razak berkata, pejabat daerahnya yang berperanan sebagai urus setia Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi daerah tersebut berkampung di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Pulau Redang...