Bantu Pelajar SRITI Asnaf Miskin
Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN NAKA, 8 Ogos 2021: Seramai sebelas pelajar asnaf miskin Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Nurul Hidayah menerima bantuan daripada Unit Kebajikan SRITI Nurul Hidayah pada 2 Ogos 2021 yang lalu. Yang Berhormat Dun Pedu Mohd Radzi Md Amin turut melapangkan masa bersama menyalurkan bantuan. "Bangga dengan waris asnaf miskin SRITI yang bekerja sendiri sebagai penoreh, peniaga kecilan...
Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (16)
6 Ogos | Ketika kita bosan dengan menu masakan sendiri, ada yang terpaksa catu telur dan ikan bilis untuk berjimat, supaya dapat bertahan lebih lama. Ketika kita stress dengan lambakan tugasan kerja dari rumah dengan gaji penuh berjalan seperti biasa, ada yang sudah berbulan-bulan dibuang kerja. Begitulah kehidupan yang tidak lekang dari ujian, setiap insan berbeza cabarannya. Alhamdulillah, team STBC terus menyantuni...
Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (15)
29 Julai | Team STBC yang bersedia setiap hari meneruskan misi bantuan pada hari ini. Benarlah perjuangan ketua keluarga mencari rezeki itu adalah salah satu jihad. Ada yang kami santuni berkerja sebagai rider, katanya sejak kebelakangan ini sangat sedikit trip yang dapat diambil. Ada pula yang dulunya pengawal keselamatan, sejak PKP 1 terpaksa berhenti dan meniaga telefon, luahnya jualan sangat teruk sekarang. Ada...
Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (14)
28 Julai | Kadang-kadang kita pun tak perasan orang yang selalu kita jumpa, dan selalu kita tengok itu sebenarnya sangat perlukan bantuan. Cleaner, peniaga kecil, pengawal dan sebagainya. Mungkin selepas ini kita sambil-sambil keluar beli makanan, boleh beli lebih, terserempak dengan mereka, boleh hulur sikit, mungkin bagi mereka ia satu hadiah yang tidak akan dilupakan. Ayuh kita terus membantu, hulurkan sumbangan anda...
Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (13)
27 Julai | Apabila berkait dengan anak, pasti ia akan menyentuh hati kita lebih-lebih lagi yang mempunyai anak. Anak-anak merupakan amanah dari Allah, amanah ini Allah datangkan bersama ujian-ujian yang perlu dihadapi dengan penuh kesabaran. Apabila team STBC menyantuni sebuah keluarga ini, kagum dengan ibu 3 anak yang tenang bersama anak bongsunya yang berusia 2 tahun tidak mampu bergerak akibat hidrosefalus. Suami...
Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (12)
26 Julai | Hari ini team Sekretariat Tabung Bencana Covid (STBC) PAS Kawasan Batu meneruskan misi bantuan di sekitar parlimen Batu. Kali ini kami berjumpa beberapa keluarga yang rupa-rupanya sangat memerlukan bantuan, ketika disantuni mereka meluahkan keperitan yang dilalui. Ada yang sudah 6 bulan tidak berkerja, beberapa kali hampir terputus bekalan namun cuba mencari bantuan demi survival keluarga. Ada pula yang dulunya...
Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (11)
Paling tidak kita masih ada keluarga, ada rumah, cukup sifat, dan masih mampu membelek pelbagai posting di media sosial. Mereka? Masih ada yang menumpang di bengkel orang, di situlah ruang tamu, di situlah bilik tidur, di situlah dapur. Ada pula yang sebatang kara, ditinggalkan keluarga, mengharap belas ehsan orang sekeliling. Hidup mereka hanya apa yang berada di depan mata, hanya alam realiti, mereka...
Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (10)
Setiap orang ada ujian masing-masing. Ada yang diuji dengan kehilangan nyawa, dengan kesakitan, tiada harta, bahkan ada juga yang diuji dengan kesenangan dan kemewahan. Ujian adalah satu jalan untuk meningkatkan kualiti diri manusia sebagai hamba Allah. Sabar, ikhtiar dan berdoa memohon kepada Tuhan Alam Semesta. Semoga Allah mengekalkan keimanan dalam jiwa kita semua. Tuan/Puan yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun berikut : PAS Kawasan...
Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (9)
Komuniti adalah salah satu rantai hayat kepada mereka yang terkesan. Kebanyakan keluarga terjejas yang diziarahi team STBC mendapati, maklumat yang kami terima ini adalah daripada bantuan jiran-jiran dan kawan². Kalimat "Kita Jaga Kita" bukan sekadar trend yang dicoret dengan tanda pagar di media sosial, bahkan wajar praktikkan dalam kalangan kita. Ayuh bersama-sama kita angkat tangan memohon kepada Allah agar "Allah Jaga Kita"...
Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (8)
11 Julai 2021 | Hari ini semua orang terkesan. Tidak kira bangsa atau agama. Melayu, Cina, India semua perlukan bantuan. Alhamdulillah team Sekretariat Tabung Bencana Covid-19 (STBC) PAS Kawasan Batu menyantuni semua peringkat latar belakang bagi menyampaikan bantuan. Tuan/Puan yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun berikut : PAS Kawasan Batu 12113010000551 Bank Islam Malaysia Berhad Atau klik https://toyyibpay.com/Tabung-Covid-PAS-Batu Untuk maklumat lanjut sila hubungi hotline PAS Kawasan Batu : 01118705115 /...