Home Rencana PAS Wilayah

Coretan Tabung Bencana Covid PAS Batu (12)

24
SHARE
26 Julai | Hari ini team Sekretariat Tabung Bencana Covid (STBC) PAS Kawasan Batu meneruskan misi bantuan di sekitar parlimen Batu.
Kali ini kami berjumpa beberapa keluarga yang rupa-rupanya sangat memerlukan bantuan, ketika disantuni mereka meluahkan keperitan yang dilalui.
Ada yang sudah 6 bulan tidak berkerja, beberapa kali hampir terputus bekalan namun cuba mencari bantuan demi survival keluarga.
Ada pula yang dulunya chef hotel, sekarang cuba meniaga burger untuk menampung perbelanjaan.
Bahkan ada yang setiap hari pergi memancing, bukan untuk dijual, tapi bagi memastikan lauk terhidang untuk anak-anak dan isteri.
Begitulah realiti yang perlu kita hadapi sekarang, sentiasalah bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah.
Bersama-sama kita kongsi rezeki.
Tuan/Puan yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun berikut :
PAS Kawasan Batu
12113010000551
Bank Islam Malaysia Berhad
Untuk maklumat lanjut sila hubungi hotline PAS Kawasan Batu :