Agihan bantuan PKPD Kampung Lela Jasa
KUALA KRAI, 28 Ogos: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff hari ini telah mendapat jemputan oleh pihak JKM untuk bersama mereka menghantar bantuan kepada penduduk Kampung Lela Jasa yang dikenakan PKPD. Bantuan tersebut diserahkan di Pos Kawalan Utama kepada pihak APM untuk mereka agihkan ke setiap rumah warga terlibat iaitu sebanyak 51 buah rumah. Pada awal PKPD...
Penduduk Temangan terima vaksin di Program Mobilisasi Vaksin Komuniti
TEMANGAN, 26 Ogos: Seramai 1450 orang penduduk di sekitar DUN Temangan telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di dalam kemudahan bas bergerak di bawah Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK), yang berjalan selama 3 hari bermula 24 sehingga 26 Ogos 2021. Selain itu, pemberian vaksin secara pandu lalu juga dilakukan bagi golongan warga emas yang kurang berkemampuan dari segi...
Sumbangan Skim Cakna Suri peringkat DUN Pasir Pekan
Oleh RABIATON KARIM PASIR PEKAN, 28 Ogos: Ustazah Datin Menteri Besar, YABhg. Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabidah Binti Ab. Hamid telah menyampaikan gimik penyerahan sumbangan Skim Cakna Suri peringkat DUN Pasir Pekan. Penyerahan sumbangan tersebut telah diadakan di perkarangan Wisma Ibaadurrahman, Pusat Khidmat DUN Pasir Pekan sempena Hari Suri Mithali peringkat Dun Pasir Pekan anjuran U-KeKWa. #adunpasirpekan #MerakyatMembangunBersamaIslam
Sesi Soal Jawab Persidangan DUN (Hari Ketiga)
Sesi Soal Jawab Persidangan DUN Kali Pertama Penggal Ke-4 DUN Kelantan Ke-14 Tahun 2021 (Hari Ketiga)
Program CSR Hasil Prihatin, LHDN untuk warga Pasir Pekan
Oleh RABIATON KARIM PASIR PEKAN, 26 Ogos: YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob selaku ADUN Pasir Pekan telah menyempurnakan penyerahan Bakul Makanan sumbangan Program CSR Hasil Prihatin, LHDN kepada warga Pasir Pekan. Sumbangan ini merupakan sebahagian dari Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Kelantan. Majlis penyerahan bakul makanan tersebut dilaksanakan di Wisma I'badurrahman, Pusat Khidmat DUN...
Sumbangan RM50 ribu, keperluan asas kepada mangsa bencana di Kedah
ALOR SETAR, 26 Ogos: YAB Ustaz Dato' Menteri Besar diwakili oleh YB Dato' Hajah Mumtaz Md. Nawi untuk penyerahan sumbangan bencana banjir kilat akibat fenomena kepala air kepada YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah di kediaman rasminya Seri Mentaloon, pagi ini. Kelantan turut memberi sumbangan 300 unit periuk nasi elektrik, 350 pasang kain sembahyang (telekung) dan...
ADUN sambut kunjungan Ketua Polis ke lokaliti PKPD
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA PENGKALAN KUBOR, 26 Ogos: ADUN Pengkalan Kubor yang juga Exco Kerajaan Kelantan, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat menyambut kunjungan Ketua Polis Kelantan, YDH CP Dato' Shafien Mamat ke pos kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Telaga Bata dan Kampung Kajang Sebidang, semalam. YB Ustaz Wan Roslan merakamkan ucapan terima kasih atas kunjungan KP...
Belia diseru hayati semangat pejuang kemerdekaan
Oleh CHE MAZIAH MAT KOTA BHARU, 26 Ogos: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat menyeru belia Kelantan menghayati semangat perjuangan serta pengorbanan generasi terdahulu mencapai kemerdekaan. Menurutnya, semangat tersebut perlu diterapkan dan mesti disyukuri oleh generasi baharu untuk cekal mendepani cabaran pandemik COVID-19. “Generasi hari ini mendapat nikmat kemerdekaan dan keamanan daripada pengorbanan para pejuang terdahulu yang...
Dialog Ummah Negeri Kelantan
KOTA BHARU, 28 Ogos: Dialog Ummah Negeri Kelantan suatu platform interaksi dua hala antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan NGO-NGO berkaitan akan berlangsung secara mingguan bermula 29 Ogos 2021. Dialog atas talian secara webinar ini akan dimulai siri pertama oleh YAB Menteri Besar Kelantan sendiri dan Exco Belia, Sukan dan NGO. Ruang dan peluang yang terbuka ini diharap dapat menatijahkan kebaikan...
Tahniah YB Menteri dan Timbalan Menteri daripada Negeri Kelantan
Tahniah YB Menteri dan Timbalan Menteri daripada Negeri Kelantan. Semoga dapat meneruskan agenda pembangunan di bumi Serambi Mekah ini.