Covid-19: Kelantan Prihatin
Pelbagai program, bantuan, sumbangan dan insentif telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan daripada pandemik Covid-19 sejak dari tahun 2020. Sejumlah RM33.25 juta telah dibelanjakan untuk tahun 2020 sahaja. Manakala setakat Julai 2021, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM32.2 juta bagi tujuan yang sama. #Covid19KelantanPrihatin
Bersatu, tolak ansur tingkatkan perpaduan
Oleh CHE MAZIAH MAT KOTA BHARU, 30 Ogos: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Panglima Perang Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, Allah SWT memberi peluang untuk umat manusia meningkatkan perpaduan dan jangan melepaskan serta bersabar dengannya. “Dalam beberapa perkara yang kita bersependapat kita hendaklah bersatu, manakala perkara yang kita mempunyai pandangan berbeza hendaklah kita bertolak ansur....
Masjid dibuka selepas kes Covid-19 turun mendadak
Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 30 Ogos: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin memaklumkan masjid di Kelantan akan dibuka kepada jemaah dalam tempoh dua minggu lagi sekiranya kes harian jangkitan COVID-19 turun mendadak. Di samping itu, kadar vaksinasi di negeri ini mestilah meningkat dan mengikut ketetapan jadual serta fasiliti kesihatan termasuk bilangan pesakit di Unit Rawatan Rapi...
PAS Perak tak layan desakan pembangkang
Oleh:SAIFULLAH AHMAD BAGAN SERAI - Pas Perak tidak mahu melayan desakan pembangkang yang mahu seorang exco daripada parti itu meletakkan jawatan ketika sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Khamis dan Jumaat lalu. Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, desakan seperti itu merupakan sebahagian tugas pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri. Kata beliau, tuduhan bahawa terdapat exco dalam...
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan- Ameerah PAS Tangga Batu
ALHAMDULILLAH, usia kemerdekaan Malaysia mencapai 64 tahun. Malaysia Prihatin dikekalkan sebagai tema Hari Kebangsaan tahun ini, membawa pengertian bermakna di kala negara masih teguh mendepani pandemik COVID -19. Semangat kebersamaan dan persefahaman yang jitu perlu menjadi pegangan dalam semua lapisan masyarakat bagi memperteguh keharmonian negara. Frasa kemerdekaan adalah bererti sebuah kebebasan ataupun lepas daripada sebarang penjajahan dan naungan secara fizikal. Namun...
PAS Padang Rengas agih 200 bekas bubur asyura dan bendera Malaysia
Oleh : Aisy Sufi Ahmad PADANG RENGAS, Sambutan awal Muharam dan kemerdekaan disambut oleh Dewan Muslimat PAS Padang Rengas dengan menjalankan agihan 200 bekas bubur asyura bersama bendera Malaysia. Agihan berbentuk hadiah bertujuan meraikan hari Asyura yang jatuh pada bulan Muharam di samping menyambut kemerdekaan negara ke-64 pada 2021. Ketua Dewan Muslimat PAS Padang Rengas, Husna Saidon ketika ditemubual berharap agar tradisi...
RENCANA | Jenayah digital : Ancaman era milenium
Oleh: 'ATIQAH ADAM Kemodenan dan teknologi hari ini telah membawa negara kita kepada sebuah dimensi baru dalam dunia jenayah. Jika dahulu kita menyaksikan jenayah-jenayah dilakukan secara nyata dan fizikal, namun hari ini, saban waktu kita dikejutkan dengan pelbagai aktiviti jenayah yang dilaksanakan secara atas talian oleh golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab. Salah satunya adalah jenayah digital. Menurut Muhammad Zaki Ibrahim (2002, Universiti...
PAS sambut baik Program Suntikan Vaksin Capaian Kawasan Wabak Parlimen Bukit Gantang
Oleh : Jaudin M Amin BUKIT GANTANG, PAS Kawasan Bukit Gantang menyambut baik Program Suntikan Vaksin Covid-19 Capaian Kawasan Wabak yang diadakan di beberapa lokasi sekitar Parlimen Bukit Gantang sepanjang bulan ini. Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Haji Rahim Ismail berkata,"Program seumpama ini sangat baik dan membantu orang awam mendapatkan vaksin Covid-19 dengan mudah dan berdekatan dengan kediaman mereka. "Orang...
200 Jalur Gemilang meriahkan Lembah Pantai
Oleh MUHBIB 'ADNI LEMBAH PANTAI, 30 Ogos : PAS Kawasan Lembah Pantai dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Lembah Pantai (MPP LP) Sub Zon 2 mengambil inisiatif memasang 200 bendera Malaysia 15 Ogos lalu. Pemasangan bendera tersebut dibuat di sekitar Bangsar Baru dan Bulatan Lucky Garden dan turut dibantu para sukarelawan sekitar Lembah Pantai. Menurut seorang ahli MPP LP Sub Zon 2, Zuhairi,...
Pena editor Melaka | Tidak pernah pembangkang puji Kabinet Kerajaan
BARU-BARU ini Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan barisan Menteri Kabinet Kerajaan yang baharu. Lalu bertempiklah pimpinan pembangkang yang menyindir kononnya kabinet ini adalah kabinet 'recycle'. Sebenarnya tidak ada yang pelik pun. Tidak pernah dalam sejarah mana-mana parti pembangkang memuji barisan kabinet kerajaan. PAS pernah jadi pembangkang dan sekarang berada di bangku Kerajaan Persekutuan. Seingat saya pun,...