Khidmat Malaysia Terengganu akan terus kekal di lapangan sehingga bekalan air pulih

KUALA TERENGGANU – Sukarelawan Khidmat Malaysia Terengganu akan terus berada di lapangan untuk mengagihkan air minuman dan air bersih kepada penduduk Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu, sehingga bekalan air pulih sepenuhnya. Pengerusinya, YB Haji Hanafiah Mat berkata seramai 20 orang petugas daripada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di kerah bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut pada setiap hari. “setiap hari sukarelawan akan...

Terengganu hantar pelajar Ke Algeria tahun depan

KUALA TERENGGANU - Terengganu akan mula menghantar pelajar dari negeri ini menyambung pelajaran di Algeria  pada tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan telah mengadakan hubungan dengan beberapa negara termasuk Algeria bagi meneroka lebih banyak ruang dan peluang untuk menyambung pengajian ke sana di samping menyediakan pelbagai insiatif. "Untuk makluman kita telah mengadakan pertemuan...

Sidang DUN Terengganu dipendekkan kepada 4 Jam Sehari

KUALA TERENGGANU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 yang dijadual pada 13 hingga 15 September ini akan berlangsung dengan tempoh masa persidangan yang dipendekkan. Yang Dipertuanya, Dato' Yahaya Ali berkata, persidangan DUN berlangsung pada pukul 9.30 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari sahaja dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP). Katanya, walaupun Terengganu sudah berada...

Lebih banyak projek perumahan akan diagihkan di Terengganu

KUALA TERENGGANU- Hasrat kerajaan negeri untuk memastikan 20,000 unit rumah dibina dan diberi kepada rakyat akan tercapai dalam jangka masa dua tahun ini selepas proses pembinaan kembali dibenarkan bermula akhir Ogos yang lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata projek sebelum ini tertangguh kerana ia tidak dibenarkan atas faktor kesihatan dan keselamatan. "Sepatutnya pada...

Terengganu belum beralih ke fasa tiga bukan kerana vaksin

KUALA TERENGGANU, 6 September - Terengganu masih belum beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bukan kerana peratusan vaksin rendah, ujar Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri. Menurut Dr. Alias Razak, negeri ini masih kekal di fasa dua disebabkan penggunaan katil di wad kecemasan (ICU) masih tidak mencapai kadar yang ditetapkan sebagaimana dikehendaki Pelan Pemulihan...

Bandar Pintar inisiatif majukan Besut 2035

KUALA TERENGGANU - Bandar pintar merupakan antara tujuh inisiatif yang telah digariskan oleh kerajaan negeri dalam memandu pembangunan daerah Besut sehingga tahun 2035. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, kekayaan sumber semula jadi dan budaya menarik akan turut dimanfaatkan untuk dimajukan di daerah berkenaan. Katanya, skop berkenaan meliputi 'smart tourism', menonjolkan warisan budaya daerah, pemeliharaan koridor...

Penduduk lega, gembira ADUN wujudkan dobi percuma

KUALA NERUS – Sejak pengoperasian Dobi Layan Diri Percuma Sabtu lalu, rakyat berdekatan mahupun di kawasan luar menyuarakan rasa gembira terhadap inisiatif tersebut kerana dapat meringankan beban mereka ketika masalah Air Berangan 2.0 berlaku. Seorang suri rumah, Rosita Ismail, 37, menyifatkan usaha Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh sebagai langkah tepat dalam memudah dan menjimatkan kos dan masa...

Pelajar SPM, STPM Terengganu dijangka selesai Vaksin sebelum Oktober

KUALA NERUS – Kerajaan negeri akan memastikan sektor pendidikan selamat sepenuhnya sebelum dibuka kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan melengkapkan proses vaksinasi terhadap golongan terbabit sebelum Oktober. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, kebanyakan guru dalam negeri sudah lengkap divaksin dan akan diikuti pelajar yang bakal mengambil peperiksaan awam berumur...

Rencana | Menyingkap sejarah berakhirnya perang dunia kedua

Oleh IBNU JANIE "The war is over sir? The war is over! Hooray! The war is over!" Itu dialog dalam filem Sergeant Hassan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tentang perjuangan gerila Melayu menentang pendudukan Jepun yang penulis percaya majoriti daripada kita pernah menontonnya. Dialog itu diucapkan oleh Sarjan Hassan selepas dimaklumkan oleh pegawainya, Kapten Holiday bahawa Jepun telah menyerah kalah. Jepun...

Rencana | Kabinet baharu- Respons pasaran saham dan tukaran asing sangat positif

Oleh IBNU JANIE PRESTASI pasaran saham dan pasaran tukaran matawang asing memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan daripada dipengaruhi oleh faktor kestabilan politik dan kecekapan tadbir urus sesebuah negara. Ketidakstabilan politik boleh menyebabkan para pelabur menjauhi pasaran sekali gus mewujudkan tekanan jualan yang akan menyebabkan harga-harga saham di pasaran saham sesebuah negara bakal jatuh. Ketidakstabilan politik juga akan menyebabkan pedagang-pedagang matawang asing tidak...