Home Berita PAS Pahang

Hina Islam: Ambil tindakan atau berlaku tindakan luar kawalan!

607
SHARE

 

PAS Pahang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada penghina Islam yang menggunakan nama Wendy Loong kerana penghinaan seumpama ini acap kali berlaku seolah-olah pelakunya tidak pernah gerun dengan tindakan-tindakan sebelum ini.

 

Berkata kepada media selepas membuat laporan di IPD Kuantan tengahari tadi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu, apa yang dikhuatirkan ialah akan tampil penganut Islam tampil bertindak di luar kawalan apabila agamanya dihina secara bertali arus.

 

Beliau yang juga Adun Beserah mengingatkan, sedangkan orang Islam tidak pernah mencerca agama lain dan selama ini menghormati agama masing-masing.

 

“PAS Pahang memandang serius perkara ini dan berasa sangat sedih serta  terkilan dengan apa yang berlaku walaupun kita telah beri amaran (selepas penghinaan yang dulu-dulu) supaya jangan memainkan (penghinaan) agama.

 

“Pada kita mereka bebas mengamalkan agama mereka tetapi kita minta jangan ganggu Islam agama kami kerana apabila mengganggu agama kami dibimbangi akan mencetuskan perkara yang tidak baik.

 

“Kami akan bertindak… itu memang perkara biasa bila agama kami dihina, maka kami juga akan bertindak balas. Yang dibimbangi ada rakan-rakan  yang di luar kawalan boleh mengambil tindakan sendiri yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama,” tegasnya.

 

Justeru PAS Pahang berharap agar pihak berkuasa mengambil tidakan tegas dengan posting terbaharu ini dan jangan ada pula yang membela apabila dikenakan hukuman nanti.

 

“Kita harap rakyat di negara ini dapat hidup penuh toleransi. Kita ada pelbagai agama dalam negara ini maka jangan hina agama kami. Kami tidak pernah menghina agama lain maka hormati agama kami dan kami hormati anutan mereka.

 

“Jadi pihak kerajaan selain bertidak tegas, perlu membendung perkara ini supaya tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Perlulah diambil tindakan lebih berstrategi supaya rakyat faham hidup hormat menghormati  antara satu sama lain,” tambahnya.

 

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin, Adun Panching Ustaz Tarmizi Yahaya beserta ratusan umat Islam dari pelbagai pertubuhan.

 

Hadir sama dan turut berucap ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Indera Mahkota bersama gerombolannya.