Himpunan Solidariti Ummah Baitulmaqdis
Oleh : Ez
BUKIT GANTANG , 8 Disember – Himpunan Solidariti Ummah peringkat kawasan Bukit Gantang telah diadakan di perkarangan Masjid Changkat Ibol, hari ini sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia berhubung krisis di Baitulmaqdis.
Himpunan anjuran Urusan Ulama PAS Bukit Gantang yang bermula sebelum solat jumaat di masjid tersebut berlangsung selama lebih dua jam dan disertai puluhan jemaah masjid telah menunjuk rasa menolak kenyataan dari Presiden Amerika Serikat, Donald Trump, yang mengakui Baitulmaqdis menjadi ibukota Israel.
Himpunan ini diketuai oleh YDP PAS bukit Gantang ,Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman turut disertai oleh beberapa orang pimpinan PAS kawasan , pemuda dan urusan ulama.
Program dimulakan dengan khutbah jumaat oleh YDP PAS Bukit Gantang ,disusuli solat jumaat, Qunut Nazilah , solat hajat dan pembakaran bendera Amerika.
Hadirin yang hadir mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut telah membakar gambar Trumph ,bendera Amerika dan bendera Israel.
Himpunan secara aman ini berakhir kira-kira pukul 3 petang.