Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang l I Love School Nisa’ Jerantut

1138
SHARE

Jerantut – Nisa’ Kawasan Jerantut dengan kerjasama Nisa’ Negeri Pahang telah mengadakan program I Love School sebagai salah satu aktiviti kebajikan bagi membantu pelajar2 yang kurang berkemampuan untuk menyediakan persiapan persekolahan mereka bagi sesi 2018.

Perasmian program yang bermula pada jam 9.30 pagi di Masjid Tengku Mahkota Abdullah telah disempurnakan oleh Ust Zuridan Mohd Daud selaku Timbalan Pengerusi NGO Jerantut Cakna.

Selepas itu, seramai 37 orang pelajar telah dibawa ke Pasarayaku Jerantut bagi membeli keperluan dan kelengkapan persekolahan mereka. Setiap pelajar diperuntukkan RM 150 seorang untuk tujuan tersebut. Program berakhir dengan menjamu para pelajar di Restoran KFC Jerantut.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang bagi menjayakan program ini.