Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Himpunan Ateis Malaysia Calarkan Imej Islam

889
SHARE

Negara kita sekali lagi digemparkan dengan penganjuran Himpunan Ateis Malaysia yang diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur baru-baru ini. Himpunan tersebut secara jelas terpesong dari aqidah umat Islam.

Himpunan yang kononnya diadakan sebagai program tahunan kelab ateis tersebut dikenali sebagai The Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur iaitu ‘Kedutaan Republik Ateis di Kuala Lumpur”. Rujuk http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/biadab-ramai-muslim-murtad-bangga-sertai-kelab-ateis-kl/ untuk berita lanjut.

Sudah banyak program sebegini berleluasa di negara kita. Terdahulu, penganjuran iftar gay turut turut mencemarkan agama suci Islam. Isu-isu melibatkan kerosakan umat Islam sudah kami jelaskan melalui kenyataan-kenyataan sebelum ini seperti pautan dibawah.

Cabaran Dedahkan Aurat Tindakan Golongan Jahiliyah Moden:

https://www.pas.org.my/kenyataan-ketua-dmpm-2017-2019/12346-cabaran-dedahkan-aurat-tindakan-golongan-jahiliyah-moden 

Majlis Iftar Gay: Signal Kecelaruan Aqidah Umat Semakin Parah:

https://www.pas.org.my/kenyataan-ketua-dmpm-2017-2019/12133-majlis-iftar-gay-signal-kecelaruan-aqidah-umat-semakin-parah 

Muslimah Boleh Kahwin Kafir: Matlamat Tidak Menghalalkan Cara:

https://www.pas.org.my/kenyataan-ketua-dmpm-2017-2019/12071-muslimah-boleh-kahwin-kafir-matlamat-tidak-menghalalkan-cara 

Ancaman Gejala “Porn Star IG” Semakin Menular:

https://www.pas.org.my/kenyataan-ketua-dmpm-2017-2019/12010-ancaman-gejala-porn-star-ig-semakin-menular 

Berdasarkan apa yang telah berlaku, kami secara konsisten menggesa pihak berkuasa melakukan tindakan sewajarnya dan perlu peka dan pantas untuk mengawal program serta aktiviti yang semakin hari semakin berleluasa menyesatkan umat Islam. Hal demikian, penting bagi memastikan ia tidak berterusan sehingga umat Isam sendri berani mempermainkan agama sendiri.

Sebagai umat Islam, perkara ini perlu dilihat secara serius dan usaha membaik-pulih umat mesti dilakukan mngikut kadar kemampuan sebagaimana hadis Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Bila kamu melihat kemungkaran, ubahlah dengan tanganmu. Jika tak mampu, ubahlah dengan lisanmu. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan hatimu, dan itu adalah selemah-lemah iman.” Hadis Riwayat Muslim.

Marilah sama-sama kita menyebarkan kebenaran demi kesejahteraan dunia dan akhirat. Sesungguhnya azab Allah S.W.T itu cukup pedih buat hambanya yang ingkar.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
10 Ogos 2017 / 17 Zulkaedah 1438H