Home Rencana PAS Johor

Hilangnya sebutir permata -DMP Tebrau

97
SHARE

Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Cik Kumutha Raman, Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS Malaysia (DHPP) Yang juga merupakan Ketua DHPP Johor.

Beliau merupakan Salah seorang dari korban pandemik Covid19 yang mendapat rawatan di Hospital Putrajaya.

Sesungguhnya beliau amat dekat dengan muslimat Tebrau memandangkan keluarga beliau tinggal di Kawasan Tebrau.

Kelibat beliau sering kelihatan Dalam program anjuran PAS Tebrau.

Keikhlasan beliau berjuang di Dalam PAS menjadi inspirasi kepada para muslimat di Tebrau.

Takziah juga diucapkan kepada seluruh keluarga besar Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Segala jasa bakti beliau akan menjadi kenangan kepada perjuangan PAS.