Home Artikel PAS Sabah

Hiking Amal Pemuda PAS bersama Pemuda Umno

144
SHARE

Oleh: Syafiq Alamsah
3 Disember 2019

PAPAR: Seramai 75 orang warga Papar telah menyertai Program Hiking Amal “Gaza Kami Bersama Mu” yang diadakan di Bukit Bendera, Kg Suok Dambai di sini pada ahad lepas.

Program usaha sama antara Dewan Pemuda PAS Kawasan Papar dan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar ini bertujuan untuk mengumpul dana yang akan disumbangkan kepada rakyat Palestin melalui NGO Cinta Gaza Malaysia.

Seawal pukul 7.00 pagi peserta telah berkumpul di kaki bukit untuk sesi pendaftaran dan taklimat daripada penganjur serta bacaan doa.

Peserta lelaki memulakan pendakian diikuti dengan peserta wanita. Pendakian bukit ini mengambil masa lebih kurang 20 minit sebelum tiba di puncak bukit.

Hendri Hamsah, Ketua Pemuda PAS Papar mengucapkan rasa syukur atas kejayaan pelaksanaan program yang cukup santai tetapi memberi impak yang baik untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan memberi sumbangan khususnya kepada Palestin.

Program berakhir pada pukul 9.30 pagi dengan hasil kutipan sumbangan sebanyak RM715.