Home Artikel PAS Sabah

Guru PASTI Anjur Jaulah ke Pulau Semporna, Rapatkan Ukhwah

464
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
3 Disember 2019

TAWAU : Kira-kira 100 orang guru PASTI Zon Tawau yang terdiri daripada guru PASTI Kawasan Tawau, Kalabakan, Kunak, Lahad Datu dan Semporna telah menyertai program jaulah ke ke Pulau Mabul dan Pulau Kapalai di Semporna kelmarin.

Program anjuran oleh Lajnah Rekreasi Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Tawau ini bertujuan memberi peluang kepada guru – guru PASTI mengisi masa cuti mereka disamping mengeratkan hubungan ukhwah antara mereka lagi.

Rombongan tersebut bertolak seawal 7.30 pagi dari Pejabat PAS Kawasan Tawau dengan menaiki dua buah bas dan tiba di Jeti Pelancong Semporna pada jam 9.30 pagi.

Dalam program ini, guru – guru dapat melihat sendiri keindahan pulau dan hidupan laut ciptaan-Nya dengan lebih dekat lagi.

Semasa berada di Pulau Mabul dan Pulau Kapalai, guru-guru diberi peluang melakukan aktiviti menyelam ke dasar laut, lawatan sekitar Pulau Mabul termasuk perkampungan Mabul.

Pengarah program merangkap Timbalan Ketua Lajnah Rekreasi MGP Kawasan Tawau, Ernawati Usman menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberi kepada Lajnah Rekreasi mengatur program besar ini.

Pengerusi PASTI Kawasan Tawau, Irwan Hamdan berharap agar guru – guru dapat memanfaatkan ruang dan peluang ini sempena cuti persekolahan bersama rakan – rakan guru.