Home Berita PAS Perak

Hijrah menuju kemenangan: PAS Perak

120
SHARE
HIJRAH MENUJU KEMENANGAN : PAS PERAK
1. Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah bukanlah semata-mata untuk melepaskan diri daripada menghadapi tekanan, penindasan, dan penghinaan bahkan lebih besar daripada itu.
2. Hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabat membawa satu gagasan mulia, yakni membina sebuah masyarakat majmuk dan melaksanakan integriti sama ada terhadap orang Islam mahupun orang bukan Islam.
3. PAS Perak menyeru kita semua untuk terus menghijrahkan diri dengan berjihad mempertahankan aqidah dan menegakkan Islam di dalam diri supaya kita tidak mudah menyerah kalah dalam mendepani segala ujian yang dihadapi.
4. Hayatilah iktibar kisah hijrah Rasulullah SAW yang mentarbiah kita agar sentiasa yakin dengan janji Allah, teguh dengan keimanan, kukuh dengan persaudaraan, bahkan dalam konteks harini kita sabar mendepani ujian pandemik COVID-19 ini.
5. PAS Perak mengucapkan Salam Maal Hijrah 1443H kepada seluruh umat Islam di seantero Malaysia khususnya di Perak dengan doa agar kita sentiasa tajdid dan mengislahkan jiwa kita dalam hijrah menjadi seorang hamba serta khalifah yang kekal berada di atas jalan petunjuk-Nya.
“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”
YB Haji Razman Zakaria
(Pesuruhjaya PAS Perak)