Home Rencana PAS Selangor

Hijrah dan lagu – Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

250
SHARE

May be an image of 1 person and text

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Shafie Ngah

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

Indah sungguh lirik lagu ini. Lagu rasmi sambutan ma’al hijrah. Mari sama-sama kita alunkan;

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan

Hijrah membentuk perpaduan

Indahnya lagu, indah lagi jika intikata itu dapat dijelmakan dalam jiwa dan kehidupan ummat Islam, khususnya ummat Islam di negara kita.

Hijrah itu pengorbanan.

Tidak terasakah kita betapa hijrah itu merupakan suatu pengorbanan? Pengorbanan bermakna melalui kepayahan. Melalui kepayahan untuk mencapai tujuan.

Tujuan kita ialah mencapai kesatuan ummah. Justeru kerana begitu lama ummat Islam berpecah. Perpecahan menjadikan kita lemah.

Insaflah, kesatuan ummah tidak akan tercapai dengan jalan pintas.

Sekalipun tiada jalan pintas, ianya sudah hampir menjadi kenyataan dengan bermulanya satu babak dalam politik tanah air, iaitu perpaduan di antara kelompok PAS dengan kelompok UMNO.

Babak pertama ini sangat meriah. Bukan meriah dengan sorak sorai ketawa berderai-derau. Tetapi meriahnya dengan juraian air mata. Air mata ribuan ummat Islam, tidak kira sama ada di PWTC mahupun yang bukan di PWTC.

Babak pertama itu mula mengembang. Mengembang kepada kelompok lain pula iaitu kelompok BERSATU dan beberapa kelompok sekutu, melalui pentas berkerajaan – Perikatan Nasional.

Saya percaya bahawa penubuhan Perikatan Nasional, sekalipun secara tidak terancang, merupakan satu kejayaan. Bukan kejayaan biasa-biasa tetapi kejayaan luar biasa. Ini kerana komponen-komponen di dalamnya telah berkorban perasaan permusuhan masing-masing demi membina satu kekuatan. Jika nak diambil kira perasaan kebencian sesama sendiri dan sejarah hitam dahulu sudah tentu Perikatan Nasional tidak menjadi kenyataan.

Namun sedarlah kita bahawa setiap satu matlamat pasti akan melalui ujian. Benar. Tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Ujian ini menuntut pengorbanan. Pengorbanan yang menuntut jiwa besar pemimpin-pemimpin politik ummat Islam. Sekiranya tiada jiwa besar, tidak akan tercapailah cita-cita besar – kesatuan ummat.

Apa jiwa besar itu? Jiwa besar itu ialah mendahulukan kepentingan ummat melebihi kepentingan parti sendiri, apatah lagi kepentingan peribadi.

Namun, dua tiga peristiwa dalam seminggu dua ini agak meruntun jiwa. Meruntun jiwa-jiwa yang mengharap ketenangan dan kenikmatan perpaduan ummat.

Persoalannya, mahu ke mana kita? Mahu Kembali ke alam ‘jahiliyah’ yang penuh dengan perpecahan dan pergaduhan sesama sendiri? Atau bagaimana?

Sudah-sudahlah…Jom kita berhijrah. Berhijrah dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya Islam. Hijrah membentuk perpaduan.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor