Home Artikel PAS Sarawak

Hentikanlah Tabiat Merokok Itu

136 views
SHARE

Kini Ramadan sudah lebih separuh harinya berlalu. Masih ada kesempatan lagi untuk para perokok menghentikan tabiat buruk masing-masing. Kesihatan perlu dijaga, jika hilang kesihatan hilanglah separuh daripada diri kita.

Islam adalah agama sempurna yang sangat mementingkan serta memelihara kesejahteraan penganutnya sesuai pun dengan namanya yang bererti “selamat”.
Nikmat sihat merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas setiap kita untuk memelihara nikmat ini dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Islam melarang umatnya daripada membinasakan diri sendiri.

Selain kewajipan memelihara kesihatan, manusia juga telah diberikan tanggungjawab yang besar sebagai khalifah bagi menguruskan muka bumi ini. Tanggungjawab ini mencakupi pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada tangan-tangan manusia.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, ” Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi …”
al-Baqarah: 30.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ” Seorang Islam adalah yang menahan dirinya daripada membahayakan orang-orang Islam melalui tangan dan lidahnya. Dan orang yang berhijrah adalah yang meninggalkan kesemua perkara yang dilarang oleh Allah.”

Agama Islam melarang umatnya melakukan pembaziran. Sahih Bukhari di dalam Kitab Adab hadis ke 6 ada tertulis. Sabda baginda s.a.w. “Allah SWT telah melarang kamu untuk tidak mentaati ibumu, menjadi bakhil, meminta apa yang kamu tiada hak ke atasnya, menanam anak-anak perempuanmu hidup-hidup. Dan Allah tidak suka kamu bercakap terlalu banyak tentang orang lain, bertanya terlalu banyak dalam hal agama dan membazirkan hartamu.”

Dalam surah al-Israa ayat 27 pula, Allah SWT telah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Allah SWT juga melarang kita daripada meniru-niru perbuatan orang kafir malah menyamakan kita dengan mereka jika kita melakukan sedemikian.

“Bezakan diri kamu dari kaum Musyrikin.” Hadis Bukhari dan Muslim.
“Bukan daripada golongan kita siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nasrani.” Hadis at-Tarmizi.
“Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia terkira dari golongan itu.” Hadis Abu Daud.

Cikgu Shokri b Hj.Ahmad Fauzi.
12 Jun 2017
17 Ramadan 1438 H.