Home Kenyataan Media PAS Perlis

Henti lesen judi: Tahniah Kerajaan Negeri Perlis

198
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERLIS
HENTI LESEN JUDI: TAHNIAH KERAJAAN NEGERI PERLIS

Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah al-Maidah: 90)

Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis merakamkan ucapan tahniah buat Kerajaan negeri Perlis atas keputusan menghentikan kelulusan lesen premis perjudian di negeri ini.

Keputusan berkenaan adalah selaras dengan komitmen parti yang tegas mengharamkan judi serta selari dengan langkah kerajaan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang turut mengharamkan industri ini.

DMPNPs turut menzahirkan sokongan penuh terhadap keputusan ini serta mengajak semua rakyat negeri ini untuk turut sama berdiri teguh di belakang kepimpinan kerajaan negeri ke arah menjadikan negeri ini negeri sifar judi.

“Islam Menyatukan Ummah”
“Malaysia Sejahtera”

NOR SHAHIRAH MAT SALLEH
Ketua Muslimat PAS Negeri Perlis

16 Jun 2023 | 27 Zulkaedah 1444H | Jumaat