Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

HARI PAHLAWAN 2019 : Kekal Memahat Sejarah

700
SHARE

HARI PAHLAWAN 2019: Kekal Memahat Sejarah

Hari Pahlawan begitu besar ertinya dan setiap warganegara wajar mengingati tarikh 31 Julai setiap tahun sebagai satu cara mengenang budi dan bagi mengingati kembali perit jerih erti perjuangan para pahlawan negara yang telah banyak berkorban demi kemakmuran negara.

Islam sangat menghargai jasa dan pengorbanan parajurit negara yang mempertahankan maruah kedaulatan negara.

Kenikmatan yang dikecapi kini adalah hasil keringat dan darah pahlawan terdahulu yang mempertaruhkan nyawa mereka demi kedaulatan negara supaya pewaris kini dapat menikmati keamanan secara berterusan dan sebagai pewaris negara yang hidup kini, haruslah terus menjaga keamanan dan kedaulatan negara agar tidak mudah dicerobohi oleh anasir-anasir luar.

Justeru itu, Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2019 kepada Perwira-Perwira Negara. Semoga Allah SWT mengekalkan keamanan di bumi bertuah ini.

Terima kasih Pahlawan Malaysia. Al Fatihah buat mereka yang telah gugur.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’

SENATOR YB USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
1 Zulhijjah 1440 bersamaan

2 Ogos 2019