Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Hari Nakbah: Sejauh Mana Peduli Kita?

1466
SHARE

Hari Nakbah: Sejauh Mana Peduli Kita?

Sejarah Palestin bermula sejak zaman prasejarah. Semasa pemerintah Saidina Umar, Empayar Islam berkembang dengan pesat menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi. Selepas sekian lama baitulmaqdis berada di tangan Empayar Rom, akhirnya ia Berjaya di buka oleh Saidina Umar Al-Khattab RA pada tahun ke 16 Hijrah.

Di bawah pentadbiran Saidina Umar, Baitulmaqdis diperintah dengan adil dan saksama khususnya hak kebebasan beragama yang diberikan kepada penganut Yahudi dan Nasara yang tidak dikecapi oleh mereka sebelum itu. Tetapi malangnya, sikap angkuh dan tidak menghargai sesama manusia meleraikan segara hubungan baik yang terjalin sebelum ini apabila puak Kristian mula merancang strategi untuk merampas kota suci itu.

Ianya membenarkan firman Allah S.W.T yang berbunyi :-

‎وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱليهُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتُهمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلهُدَىٰ‌ۗ وَلئنِ ٱتَّبَعتَ أَهوَآءَهُم بَعدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلعِلمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ.

“Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’ dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. ”

[Al-Baqarah: 120]

Setelah sekian lama berlalu Baitulmaqdis kembali dirampas, kali ini bumi ini dirampas oleh Zionis Yahudi yang mengisytiharkan negara haram Israel pada tahun 1948 dengan bantuan kuasa-kuasa besar Dunia dan restu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

15 Mei merupakan tarikh bersejarah bagi ummat Islam khususnya bagi penduduk Palestin. Hari Nakba ( يوم النكبة) merupakan hari di mana negara haram Israel diisytiharkan secara rasminya selepas mereka mendakwa telah memenangi peperangan yang pada hakikatnya hanyalah merampas negara Palestin. Pengistiharan penubuhan negara haram turut diraikan oleh zionis laknatullah sebagai hari kemerdekaan bagi mereka.

Pada hari ini, ratusan ribu penduduk Palestin diusir dari tanah air mereka sendiri dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza. Episod kejam ini juga menyaksikan ribuan nyawa terkorban, rumah-rumah dirobohkan, harta rakyat dirampas, kenderaan awam dimusnakan serta pelbagai lagi kekejaman yang terbukti meragut hak asasi sebagai rakyat di bumi sendiri.

15 Mei 2019, genaplah 71 tahun episod duka ini berlaku. Sehingga kini, anggaran menunjukkan lebih dari 5 juta rakyat Palestin masih menjadi pelarian dan menanti untuk pulang dengan penuh pengharapan. Selepas 71 tahun peristiwa ini berlaku, hak pelarian Palestin yang tertakluk kepada undang-undang antarabangsa supaya membenarkan mereka untuk kembali ke tanah air mereka tidak dihiraukan oleh Israel.

Sebagai ummat Islam, marilah sama-sama kita cakna dengan politik semasa sekaligus menginsafi peranan kita sebagai saudara seagama. Hiraukah kita dengan penderitaan mereka atau masih leka mengejar dunia yang hanya membinasakan sahaja. Semoga hari memperingati peristiwa nakba ini menjadi pengajaran dan memberi sedikit sebanyak keinsafan untuk bangkit memperjuangkan kebenaran.

Bebaskan Palestin!

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
10 Ramadan 1440H
15 Mei 2019