Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Hari Lahir Ke – 73 TGHH: Bintang Yang Terus Bersinar

612
SHARE

Tanggal 20 Oktober semestinya suatu tarikh yang bermakna di mana kita meraikan ulangtahun kelahiran Tuan Guru Presiden kita, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Ketokohannya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, yang terbina sejak zaman persekolahan sehingga kini menjadi antara ulama’ terkemuka di dunia antarabangsa terutama dalam bidang politik dan kepimpinan Islam.

Beliau yang juga diakui kewibaannya oleh kawan dan lawan kerana keilmuannya, sehingga kini masih setia mendidik umat dengan kuliah-kuliah dan penulisannya walaupun dengan jadual yang begitu padat.

Beliau juga tetap teguh menjayakan agenda penyatuan ummah yang sedang giat dijalankan baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa walaupun mendapat pelbagai tentangan dari pihak musuh.

Sebaik namanya yang bermaksud Hamba Tuhan Yang Memberi Petunjuk, semoga TGHH terus dipelihara Allah dan diberi kesihatan untuk menunjuk jalan kepada kita semua ke arah menegakkan Islam di bumi Allah ini.

Siiru ‘ala barakatillah.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
20 Oktober 2020 l 2 Rabiulawal 1442H