Home Berita PAS Selangor

Hari ke-17 : sumbangan kepada sebuah keluarga India – Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

31
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Hari ke-17 lockdown seluruh negara pasti masih memberi igauan kepada sebahagian rakyat. Apatah lagi disambung lagi 2 minggu. Semata-mata bertujuan agar penularan wabak COVID-19 dapat dihentikan.

Saudara Muhammad Fadli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia menyatakan bahawa, Team Syabab Care bersama DHPP Gombak telah sampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga India yang terjejas pendapatan akibat lockdown di sekitar Batu Caves.

Pelbagai usaha telah mereka lakukan, tetapi masih tidak dapat menampung perbelanjaan harian. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi.

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19.

“Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor