Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Artikel | Setelah berhempas-pulas belajar untuk menduduki peperiksaan SPM 2020, walupun dalam pembelajaran yang berbeza mengikut norma baharu hasil wabak Covid-19. Namun, ramai juga yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.
Memetik pesanan Dewan Pemuda PAS Selangor, “apa jua keputusan anda, berbanggalah pada diri kerana telah berjuang di dalam norma baharu dan mengambil keputusan peperiksaan melalui dalam talian sahaja”.
Ucapan tahniah oleh Dewan Pemuda PAS Selangor kepada semua calon SPM yang mendapat keputusan cemerlang dan kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa dan teruskan usaha ke arah kecemerlangan kerana masih jauh perjalanan anda semua.
Selamat maju jaya kepada semua !
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor