Home Rencana PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah| Perasmian sekolah menengah agama tinggi yang pertama di Melaka

321
SHARE

21 OGOS 1967 (ISNIN)

PADA hari ini dalam tahun 1967, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah merasmikan Sekolah Menengah Agama Tinggi yang pertama di negeri Melaka.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir Johari, Ketua Menteri Melaka, Encik Ghafar bin Baba, Duta-duta negara Islam, Mufti-mufti negeri dan pemimpin-pemimpin agama.

SMK (A) Sultan Muhammad (Kredit foto: Google)

Sekolah agama khususnya untuk pelajar-pelajar lelaki ini diberi nama Sekolah Menengah (A) Sultan Muhamad mengambil nama Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam.

Untuk mencapai maksud tersebut, sekolah ini telah dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan seperti asrama, masjid, padang permainan, makmal sains, perpustakaan, dewan perhimpunan dan kantin.

Sekolah yang boleh menampung seramai 300 orang pelajar ini, diajar dengan mata pelajaran agama dan juga lain-lain matapelajaran selaras dengan lain-lain sekolah yang bukan sekolah agama.

Selain daripada itu, penuntut-penuntutnya juga dapat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran bagi melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke universiti atau sekurang-kurangnya ke Kolej Islam.

Perasmian Sekolah Menengah (A) Sultan Muhamad ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pendidikan agama pelajar negara ini.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

SMK (A) Sultan Muhammad (Kredit foto : Google)