Home Berita PAS Perak

Hari Guru: Larangan beri kek undur politik 40 tahun ke belakang – PJ Perak

289
SHARE

Hari Guru: Larangan beri kek undur politik 40 tahun ke belakang – PJ Perak

KAMPAR, 16/05/2023: Menjadi kebiasaan bagi orang-orang besar atau kenamaan termasuk wakil Rakyat akan menghantar kek pada Hari Guru yang jatuh setiap 16 Mei sebagai simbolik bagi mengingati dan menghargai jasa warga pendidik.

Namun begitu dua hari lalu tular sebuah kenyataan berbentuk arahan melalui WhatsApp melarang pihak sekolah menerima kedatangan wakil Rakyat bukan dari pihak kerajaan di peringkat Persekutuan untuk tujuan tersebut.

Mengulas perkara itu Pesuruhjaya PAS Perak yang juga ADN Gunung Semanggol Tuan Haji Razman Zakaria menyifatkan ianya sebagai satu tindakan politik mundur 40 tahun ke belakang.

Menurutnya sebagai pelaksana pihak agensi seharusnya mempunyai Integrasi dengan wakil-wakil rakyat dan menerima pandangan positif sebagai semak imbang bagi memajukan negara.

“kalau perkara ini benar maka amat malanglah kerana di era politik (semakin maju), kita membawa politik Malaysia ini ke belakang 40 tahun. Dan sepatutnya kita ada Integrasi di antara agensi kerajaan sebagai pelaksana dengan wakil-wakil rakyat.

“Kita wakil rakyat sebagai wakil kepada kerajaan yang tidak duduk dalam pentadbiran kerajaan yang boleh menyemak imbang untuk memajukan lagi negara kita ini dengan memberi pandangan daripada sudut yang berbeza.

“Jadi sekiranya perkara ini benar Saya rasa amat malang dan rakyat boleh menilai dan kita mengembalikan politik negara kita ini ke arah zaman 40-an yang tidak akan bawa kemana”, ujarnya.

Sementara itu beliau tetap meneruskan tradisi pemberian kek dengan penyerahan dilakukan di pejabatnya. Kesemua sekolah yang berada dalam kawasan Gunung Semanggol menerima serahan tersebut.

“Pagi tadi memang menjadi rutin kita biasa (sebelum itu) kita tempah kek. Tiap-tiap tahun kita akan hantar kepada pejabat ataupun guru-guru diseluruh sekolah khususnya di Semanggol.

“Untuk meraikan jasa guru. Kita yang berada pada hari ini pun kerana guru. Tanpa guru kita tak kenal Allah taala, tanpa guru kita tak kenal diri sendiri”, jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi keluarga korban kemalangan maut di hospital Kampar tengah hari tadi. Kemalangan berlaku di kilometer 310.2 lebuhraya utara selatan.

Tiga dari empat mangsa yang maut ditempat kejadian merupakan adik-beradik. Menurut maklumat kemalangan berlaku apabila kereta yang mereka naiki melanggar belakang sebuah lori tanah.

Mangsa yang maut dikenali Muhammad Azib Nasaruddin, 23, bersama dua adiknya, Siti Nur Aminah, 8, Ahmad Uwais Qorni, 5 dan ibunya Azriyani Abdul Latif, 45.

Turut cedera parah dalam nahas itu ialah adik mangsa, Muhammad Fawwaz, 7 yang kemudiannya turut disahkan meninggal dunia di hospital.

SHARE
Previous articleTerima kasih cikgu
Next articleIsu air Sungai Muda