Home Berita PAS Perak

Hargai Nikmat Kemerdekaan Negara Dengan Penuh Syukur

1684
SHARE

PENGKALAN HULU – Warga Negeri Perak diseru berkongsi dan meraikan sambutan Bulan Kebangsaan kali ini dengan penuh kecintaan, bangga dan sayangkan tanah air, Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan, YB Mohd Akmal Kamarudin berkata, walaupun sudah 63 tahun Malaysia merdeka, ia tidak memberi apa-apa makna sekiranya masyarakat tidak menanam semangat patriotisme dalam diri.

“Patriotisme bukan hanya dimulut, tetapi semangat dalam diri kita yang sanggup berkorban demi memastikan keamanan yang dikecapi berkekalan” tegasnya.

Tambahnya lagi kemerdekaan negara yang dinikmati hari ini adalah hasil dari perjuangan orang-orang terdahulu.

Oleh itu, masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama perlu memupuk semangat perpaduan yang menjadi kekuatan negara selama ini.

Tegasnya, semangat patriotisme adalah satu sifat terpuji yang perlu dipupuk oleh umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia.

“Semangat yang dituntut dalam menanam rasa cinta terhadap tanah air termasuk membantu negara mencapai kemajuan dan keamanan, memelihara nama baik negara di mata dunia selain mempertahankan negara dari sebarang ancaman,” jelasnya semasa merasmikan Program Kembara Merdeka 2020 di Memorial Tragedi Kroh/Betong.

Sebelum ucapan perasmian dimulakan tetamu kehormat dan hadirin diserikan dengan perbarisan oleh barisan hadapan yang terdiri dari Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rejimen 3 Sempadan Kem Pengkalan Hulu, Imigresen, Kastam, Kesihatan, Aksem, Bomba, APM, RELA, JPJ dan Perhutanan.

Program tersebut merupakan usahasama Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Perak dan Kerajaan Negeri yang bermula pada awal Ogos bagi mengajak rakyat di seluruh daerah Perak untuk turut sama mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, YB Dato’ Aznil Ibrahim, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak, Hasan Ashaari Abu Bakar, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu, Safuan Salleh, Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim, Pegawai Memerintah Batalion 18 Pasukan Gerakan Am Pengkalan Hulu, Tuan Abdul Razak Md. Din dan Pegawai Memerintah Batalion Ke-3 Rejimen Sempadan Pengkalan Hulu, Tuan Amiruddin Razali.

Sumber: Komunikasi Strategik Perak [Stratcom]

Image may contain: one or more people, people standing and outdoorImage may contain: one or more people and outdoor, text that says "MORIAL TRAGEDI KROH BETONG"Image may contain: 1 person, standing and outdoor, text that says "MEN TRAGED KROH BETONG +"Image may contain: 1 person, standing and outdoor, text that says "MEMORIAL TRAGEDI KROH BETONG"Image may contain: 1 person, standing and outdoor