Home Artikel PAS Perlis

Hapus Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau Ada Agenda Tersembunyi?

167 views
SHARE

Oleh: Noor Sara Mashitoh

KANGAR: Pemansuhan kutipan tol di beberapa lebuh raya, termasuk tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor menunjukkan bahawa ada agenda tersembunyi.

Pada masa kini, pengguna kereta dikenakan tol RM1.10 di Batu Tiga, manakala RM1.00 di Sungar Rasa menuju Klang.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj. Hashim Jasin berkata pengunguman itu hanya memberi manfaat kepada rakyat Selangor sahaja, bukanlah tindakan yang memberi kebaikan kepada rakyat seluruhnya.

Beliau berpendapat supaya rakyat Selangor khasnya tidak termakan dengan umpan yang telah diberikan oleh Umno.

Beliau memberi cadangan supaya pembayaran tol di seluruh negara dikurangkan agar dapat dirasai oleh setiap rakyat di negara ini.

Justeru itu maklum beliau, Islam menggariskan penyelesaian secara menyeluruh, supaya sesuatu masalah itu selesai tanpa memikirkan masalah yang sama di tempat yang berbeza.