Home Artikel PAS Perlis

Budget 2018 Budget Pilihanraya

132 views
SHARE

Oleh: Noor Sara Mashitoh

ARAU: Belanjawan Negara bagi tahun 2018 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bersifat sebagai belanjawan untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14) akan datang.

Demikian jelas Ketua Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan ketika berucap di Markas PAS Sungai Padang sempena Program Ceramah Perdana dan Makan Malam Amal Bersamamu Rohingya pada 28 Oktober lalu.

Beliau menyeru supaya rakyat menjadi golongan yang cerdik , jangan hanya kerana pelbagai insentif yang diberikan, rakyat akan terus digula gulakan untuk mengundi UMNO pada PRU 14 akan datang.

“Janganlah kita termakan umpan yang diberikan Umno kerana umpan ini hanyalah bersifat sementara, apabila umpan habis dimakan maka yang menjadi mangsa ialah rakyat itu sendiri.”

“Perjuangan kita ini bukanlah untuk mendapatkan hasil sehari dua, atau sebulan dua tetapi ia adalah perjuangan untuk generasi anak cucu kita akan datang,” ujar Ustazah Wan Hasrina.

Beliau mengandaikan, tidak mustahil jika pada PRU ke 14 Umno masih memenangi pilihanraya, Goods and Services Tax (GST) akan dinaikkan.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli dan turut dihadiri Ketua Dewan Muslimat PAS Perlis, Ustazah Latifah Mat.