Home Berita PAS Wilayah

Belasungkawa Ustazah Hanisah

93
SHARE

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan menzahirkan rasa yang amat hiba atas pemergian almarhumah Ustazah Hanisah Mohamad di Hospital Kuala Lumpur, petang tadi.

Almarhumah Ustazah Hanisah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Sah pernah menjadi salah seorang ahli jawatankuasa kerja Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan dan mengemudi Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju buat beberapa penggal semasa hayat beliau.

Kehilangan Kak Sah amat dirasai terutamanya di kalangan muslimat Wangsa Maju yang rapat dengannya dek kelembutan, keprihatinan dan sifat keibuan yang ada pada beliau.

Kami menjadi saksi bahawa almarhumah adalah seorang amilin yang istiqamah menjayakan gerak kerja dakwah dan kebajikan di Wilayah Persekutuan ini.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga serta sahabat handainya.

Semoga almarhumah Kak Sah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN