Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Hajat katil pesakit buat emak tertunai

354
SHARE

Oleh : Faizah MY

AIR MAWANG : Usai mengambil katil pesakit dan ziarah di Kg Air Gapis, Geduhom, rombongan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan yang diketuai Haji Ishak Omar bersama LKK PAS Kuala Pilah bergerak ke Air Mawang untuk menyampaikan katil pesakit.

Setibanya di sana, rombongan disambut oleh Buapak Semelenggang, Haji Jalani dan Dato’ Lembaga Johol bersama ahli keluarga Puan Rokiah.

Seteruanya, katil pesakit dan tilam disampaikan kepada Puan Rokiah yang terlantar akibat stroke.

Beliau dihaga oleh anaknya yang juga seorang Ibu tunggal.

Foto : Aisyah

‘Terima kasih atas sumbangan katil pesakit buat anak buah kami di sini,’ kata Dato’ Andika Haji Arifin, Dato’ Lembaga Johol mewakili keluarga tersebut.

Akhir sekali, bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Fadhil, AJK LKK PAS Kuala Pilah.

Turut hadir AJK LKK PAS Negeri Sembilan dan AJK LKK PAS Kuala Pilah.

Sumbangan program Kebajikan PAS Negeri Sembilan boleh disalurkan ke akaun Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan : BIMB 05030010109346.

Terima kasih atas sokongan penyumbang.

Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah akan melaksanakan hajatnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

#wecarekamiprihatin
#kebajikanuntuksemua

Hajat katil pesakit buat emak tertunai