Oleh : ‘ Aisyaa Yasmin
JOHOR : Umum mengetahui suasana Tun M menjadi PM dikellilingi ramai menteri non muslim bukanlah sesuatu yang mudah, berbeza dengan kedudukan beliau sebagai PM sebelum ini.
Mendepani kemerosotan kepimpinan kali ini yang jelas memaparkan kelompangan, Senator Ustazah Nuridah di Program Munaqashah Ucaptama menggesa agar seluruh ahli PAS mendapatkan jawapan permasalahan tertentu melalui kenyataan rasmi, mahupun perjumpaan bersemuka sebegini.
Turut ditekankan berkenaan Usrah yang menjadi tunjang kekuatan PAS dalam memupuk fikrah Islamiyah selari dengan perlembagaan parti juga berteraskan Quran dan Sunnah.
“Apa pun yang dihadapi, suara PAS terhadap sesuatu perkara tentu sahaja mengutamakan perihal agama Islam.”
“Dalam situasi suasana politik yang tidak menentu ini jika dirujuk kepada media sahaja boleh mengancam fikrah”