Home Berita PAS Perlis

Guru PASTI terima sumbangan PAS Kangar

111
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 16 Julai: PAS Kawasan Kangar hari ini telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan kepada guru-guru PASTI kawasan berkenaan.

Majlis berlangsung di Pusat Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, Batu 2 Lama, dekat sini.

Seramai 70 orang guru PASTI hadir pada majlis tersebut.

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar, Ustaz Yussaine Yahya dan Setiausaha PAS Kawasan Kangar, Abdul Jamil Khamis.

Abdul Jamil yang dihubungi berkata, sumbangan berkenaan adalah bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung para guru ketika ini.

“Tidak dapat dinafikan, pelaksanaan PKP memberi kesan yang amat besar kepada seluruh lapisan masyarakat, tidak terkecuali para guru PASTI.

“Maka atas dasar prihatin, PAS Kawasan Kangar hari ini telah mengambil inisiatif mengadakan majlis ini bagi membantu meringankan beban yang terpaksa mereka tanggung, apatah lagi menjelang sambutan Aidil Adha yang semakin hampir,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kehadiran beberapa orang anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis turut membantu melancarkan perjalanan majlis serahan yang dibuat secara pandu lalu itu.