Oleh: Nur Hazwani Zabaniah
KANGAR : Usrah Perdana PASTI Negeri Perlis siri pertama telah diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kayang (PUTIK), Kampung Titi Serong, pada Sabtu yang lalu.
Program anjuran PASTI Negeri Perlis ini telah berjaya mengumpul kehadiran seramai 140 orang.
Mereka terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri, Jawatankuasa Penyelaras PASTI Kawasan serta guru-guru PASTI dari seluruh negeri Perlis.
Program bermula seawal jam 8.30 pagi dimulai dengan bacaan Al Mathurat secara beramai-ramai dan diteruskan dengan pengisian usrah yang disampaikan sendiri oleh Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.
Seterusnya, pertemuan ini dimanfaatkan dengan pembentangan pelan tindakan PASTI 2018 serta pengagihan buku teks PASTI kepada wakil-wakil guru PASTI.