Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

GRS: Tawan Sabah!

349
SHARE

GRS: Tawan Sabah!

Syabas dan Tahniah kepada seluruh barisan ADUN Sabah yang telah memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri di Sabah. Keputusan Pilihan Raya semalam menunjukkan kemenangan secara keseluruhan berpihak kepada parti-parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan 38 kerusi.

Dewan Muslimat PAS Malaysia turut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Sabah yang telah memberi undi kepada GRS. Diharapkan mandat yang diberikan rakyat Sabah ini akan menjadi titik permulaan kepada perubahan yang lebih baik.

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih buat seluruh jentera Pilihan Raya yang telah bekerja keras dan bertungkus-lumus dalam membantu kemenangan kepada GRS.

Selamat memimpin, selamat berkhidmat untuk rakyat.

‎سيروا على بركة الله

#IslamMemimpin
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#IslammemimpinWanitasejahtera.

YB Senator Ustazah Nuridah bt Mohd Salleh,
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia,
27 September 2020
9 Safar 1442