Home Artikel PAS Wilayah

Gotong -Royong PAS Setiawangsa Meriah

1247
SHARE

SETIAWANGSA, 8 November- PAS Kawasan Setiawangsa dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Setiawangsa telah mengadakan program gotong – royong membersihkan Dewan KAFA, Dewan Makan dan Dewan Memasak di Surau Al -Ansar , Taman Seri Rampai malam tadi.

Program yang disertai sekitar 20 orang Pimpinan PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Setiawangsa bermula selepas isyak sekitar jam 9.00 malam dan berakhir sekitar jam 11.00 malam menampakkan kerjasama erat golongan muda dan tua, muslimin dan muslimat dalam PAS Setiawangsa.

Pengarah program tersebut yang juga Setiausaha JPRK PAS Kawasan Setiawangsa, Sdr Syahmi menyatakan kegembiraan dengan kerjasama yang erat dalam program ini dimana semua pihak bersama-sama bersungguh –sungguh untuk menjayakannya.

Pihak Pengurusan Surau Al-Ansar yang juga Pengarah JPRK PAS Kawasan Setiawangsa , Hj Idris Yaacob juga melahirkan kegembiraan atas usaha ini kerana kebersihan amat ditekankan oleh Islam selain dapat memasyarakatkan PAS dalam masyarakat.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Setiawangsa, Hj Abd Halim Hassan berserta isteri beliau Pn Zaidah Ghazali yang juga AJK PAS Kawasan Setiawangsa dan Bendahari PAS Kawasan Setiawangsa, Hj Abd Kadir Yahya.

-Jabatan Penerangan PAS Kawasan Setiawangsa-